Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024: Perayaan irama dan budaya - Utusan Malaysia

Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024: Perayaan irama dan budaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024 yang akan berlangsung pada 7 Disember 2024 di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam ini menawarkan pengalaman unik dengan gabungan muzik yang pelbagai, termasuk persembahan menarik, bengkel, klinik, dan konsert Gala yang memukau.

Festival ini berlangsung selama satu hari akan menampilkan Drums & Percussion Showcase, sesi interaktif seperti bengkel dan klinik dalam pelbagai genre, persembahan drumline, serta Gala Konsert “All-Star Show” yang luar biasa.

Antara artis dan pemuzik yang terlibat adalah Arthur Kam, Batteryheadz Percussion, Dato Zainal Abidin, Kamrul Hussin, Lola, XPDC, Pa’ang Zaman, Rie Tsuji, Sān Percussion, Steve Thornton, Gong, Ujang Exists dan jemputan khas lain.

Gitaris terkenal negara, Aznan Alias, menyarankan acara ini sebagai tontonan wajib untuk semua, terutama peminat muzik tempatan, kerana ia menghimpunkan barisan pemuzik terkenal tanah air.

“Saya yakin bahawa highlight untuk festival ini merupakan workshop dan klinik yang diadakan di sebelah siang. Ini merupakan peluang terbaik untuk penonton, peminat muzik dan pelajar untuk mendapatkan infomasi terbaik, bertanya dan berdepan secara terus, sebuah acara ‘up close & personal and intimate.’ Malah festival ini memberikan bukan 1 tetapi 8 klinik untuk dihadiri dan audiens boleh menimba ilmu dan pengalaman yang banyak di sini, “ ujarnya.

@utusanonline

Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024: Perayaan irama dan budaya

♬ original sound – Utusan Malaysia – Utusan Malaysia

Seorang pemain bass terkenal dan pensyarah muzik, Fly Halizor menyatakan bahawa festival ini adalah platform ideal untuk memperluaskan rangkaian dalam industri muzik bagi mereka yang mahu menjadikan muzik sebagai karier.

Festival ini juga akan menyaksikan penglibatan artis antarabangsa seperti Rie Tsuji, seorang pemain keyboard dan pengatur muzik, yang akan mempersembahkan susunan semula lagu-lagu terkenal seperti “Imagine” oleh John Lennon dan sebuah lagu tradisional Jepun, “Sakura.”

@utusanonline

Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024: Perayaan irama dan budaya

♬ original sound – Utusan Malaysia – Utusan Malaysia

Festival of Drums and Percussion Malaysia, yang disokong oleh artis tempatan dan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM), adalah perayaan bakat muzik serta kepelbagaian budaya negara, bertujuan mempromosikan seni dram dan perkusi sambil menawarkan pengalaman unik.

Festival ini akan berlangsung pada 7 Disember 2024 di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam dari pukul 10 pagi hingga 11 malam, dan menawarkan dua jenis tiket, iaitu Festival Pass yang merangkumi akses ke semua aktiviti festival termasuk makan malam, dan Tiket Konsert untuk mereka yang hanya berminat menghadiri Gala Konsert All-Star Show pada pukul 8.45 hingga 11 malam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya