Farid Kamil anggap tiada siapa boleh jaga, sayang Diana Danielle sepertinya - Utusan Malaysia

Farid Kamil anggap tiada siapa boleh jaga, sayang Diana Danielle sepertinya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Farid Kamil, beranggapan tiada siapa boleh menjaga dan menyayangi isterinya, Diana Danielle, sama sepertinya.

Oleh itu, Farid atau Farid Kamil bin Zahari, 43, bertegas mahu memperjuangkan perkahwinannya kerana percaya kasih sayangnya terhadap pelakon Imaginur itu masih mendalam.

“Saya sayangkan isteri dan anak-anak, jadi perjuangan mesti diteruskan.

“Betul, tepat sekali (tiada yang boleh jaga Diana sepertinya).

“Saya melihat setiap peluang yang ada sebagai rahmat Tuhan dalam perkahwinan.

“Pada hemat saya perkahwinan kami dirahmati saya akan teruskan perjalanan ini walau apa jua dugaan,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, pada Isnin.

Dalam pada itu, pelakon Gold itu juga menafikan keputusannya enggan melafazkan cerai semasa prosiding pertama tuntutan perceraian hari ini sebagai sebuah penindasan.

“Itu adalah prosesnya, tiada unsur penindasan sebab Malaysia sebuah negara yang mempunyai sistem mahkamah dan peraturan kaunselor syariah.

“Mereka boleh menasihati. Bukan pecah belahkan.

“Perkataan ‘zalim’ itu besar dan hanya boleh diterjemahkan (dibuktikan) di mahkamah.

“Malaysia ada mahkamah syariah dan kita ikut saluran yang betul,” tambahnya.

Walaupun sebelum ini isterinya, Diana Danielle, mengatakan perkahwinannya sudah tidak lagi mempunyai harapan, Farid bagaimanapun yakin pelakon itu masih menyayanginya.

“Perasaan sayang dan kasih Diana awak tidak boleh rasa. Hanya saya yang rasa kasih sayang itu masih kuat.

“Saya akan perjuangkan semua itu. Anak-anak saya juga dalam keadaan baik,” jelasnya.

Sebelum ini, Diana Danielle, menyifatkan tindakan Farid Kamil, memanjangkan prosiding tuntutan perceraian sebagai memualkan.

Menurut Diana, 33, dia sudah memberi peluang kepada suaminya itu untuk memperbaiki rumah tangga, namun kesempatan itu disia-siakan.

Terdahulu, semasa tuntutan pertama prosiding perceraian, pelakon Farid Kamil enggan menceraikan isterinya, Diana Danielle menyebabkan Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini memerintahkan pasangan selebriti itu melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah menetapkan 24 Mac hadapan untuk sebutan semula kes dan laporan JKP daripada kedua-dua pasangan itu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya