Elfira Loy kongsi tips menabung di aplikasi untuk tunai umrah - Utusan Malaysia

Elfira Loy kongsi tips menabung di aplikasi untuk tunai umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan selebriti media sosial, Elfira Loy, berkongsi tips buat peminatnya yang ingin menunaikan ibadah umrah dengan cara menabung melalui aplikasi dalam telefon bimbit masing-masing.

Menurut Elfira, cara sedemikian adalah paling mudah namun perlu disiplin melakukan komitmen tersebut mengikut fasa masing-masing.

” Kepada yang bercita-cita nak buat Umrah, mungkin anda boleh mula dengan mencipta tabung melalui aplikasi untuk meramalkan bila nak pergi. Sekarang nak buat umrah pun tak susah mohon visa sendiri. Bila dah tahu bila nak pergi, automatik hari-hari rasa nak buat persediaan.

“Contoh macam saya guna aplikasi MAE, dia tolak setiap bulan dari akaun saya untuk pergi Umrah sampai bulan yang saya sasarkan.

“Nanti aplikasi itu akan kira berapa jumlah wang yang hendak ditolak itu. Anda tengok okey tak nak teruskan komitmen. Kalau tak okey, buat lama lagi .Saya buat tabung ini pada 8 Ogos dan Insya-Allah nak pergi Januari ini sebenarnya,”katanya dalam satu hantaran di Instagram, hari ini.

Bagaimanapun, kata pelakon ini, dia bersyukur kerana perancangannya dipermudahkan Allah apabila dia pula menerima pelawaan Saudi Tourism untuk berangkat bersama keluarganya menunaikan umrah.

“Allah itu kan Dia pemilik segalanya. Inilah rahsia Tuhan. Alhamdulillahill, belum sempat guna (wang tabungan), saya dah dijemput oleh Saudi Tourism untuk tunai Umrah dengan keluarga.

“Sasaran untuk pergi cuma seorang, tetapi dapat pergi berempat. Saya dapat tahu jadi pregi pun sehari sebelum berangkat, kena ada di lapangan terbang pada pukul 10 malam dan visa diluluskan pada pukul 3 petang.

“Nasib baik baju semua memang dan siap, tinggal masuk dalam beg dan bergerak,”kongsinya.

Terdahulu, seminggu lalu, Elfira berkongsi mengenai keberangkatannya ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah bersama suami, Faris Khairul Anuar serta dua anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf dan Nur Aria Mikayla.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya