Didakwa kelihatan tua, Sharifah Sakinah bidas kritikan netizen - Utusan Malaysia

Didakwa kelihatan tua, Sharifah Sakinah bidas kritikan netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Didakwa wajah dan penampilannya menerusi drama Curang Tanpa Niat dikatakan kelihatan tua, pelakon, Sharifah Sakinah tampil menjelaskan situasi itu.

Menurut Sakinah, meskipun sedar ramai mengkritik dirinya, dia mendakwa watak yang dibawanya menggambarkan seorang wanita berusia lewat 40-an.

Berikutan itu, kata Sakinah, solekan yang dikenakan lebih tebal berbanding biasa bagi memenuhi tuntutan watak yang diberikan kepadanya.

“Saya pelakon berkarakter. Saya bukan penyondol biasa-biasa macam Sophia Albarakbah itu.

“Dalam cerita ini, saya berumur 48 tahun. Sebab itu mereka kena buat muka saya nampak tua. Awak semua faham tak?

“Dah kalau karakter saya begitu, memanglah solekan saya pun begitu!” katanya menerusi Instagram.

Sakinah mengulas perkara itu bagi menjawab komen seorang pengguna Instagram yang mengecam penampilannya dalam drama berkenaan.

Sebagai pelakon, Sakinah memberitahu dia bersedia untuk mengubah imej demi memenuhi kehendak skrip.

“Kalau saya jadi Pontianak, saya buatlah gigi saya pula. Selepas ini umur saya 18 tahun, tengoklah muka saya jadi muda macam mana. Muka saya ini bonus tahu tak?” ujarnya.

Menerusi drama bersiri yang ditayangkan sejak 23 Disember lalu, Sakinah memegang watak sebagai Astrid iaitu wanita yang menganggu rumah tangga rakan sekerjanya.

Selain Sakinah, drama Curang Tanpa Niat turut dibintangi Shukri Yahaya, Mira Filzah, Fadhlan Hazim dan Zarina Anjoulie.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya