Diana hadir serba hitam, Farid anggap ini hari paling terbaik - Utusan Malaysia

Diana hadir serba hitam, Farid anggap ini hari paling terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan bagi sesi sebutan pertama prosiding tuntutan permohonan penceraian.

Diana atau Diana Danielle Danny Beeso, dilihat tenang hadir dalam busana jubah serba hitam diiringi peguam, Datuk Akbardin Abdul Kader pada pukul 9:30 pagi.

“Alhamdulillah,” katanya ringkas berkongsi khabar ketika ditemui Utusan Malaysia sebelum prosiding bermula.

Sepuluh minit kemudian, pelakon, Farid Kamil tiba di mahkamah diiringi peguam, Fakhrul Azman Abu Hassan sambil memakai songkok dengan lilitan reben putih seperti berkabung.

“Alhamdulillah, saya bersyukur ini adalah hari yang paling terbaik dalam hidup saya,” katanya sambil berjalan ke dewan perbicaraan.

Terdahulu, mahkamah mengesahkan status aktres itu dan aktor Farid Kamil masih suami isteri setelah kembali rujuk pada 31 Ogos tahun lalu.

Akberdin berkata perakuan rujuk perlu diambil di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan dokumen itu perlu dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan untuk permohonan perceraian.

Sebelum ini, pada 28 Oktober, Diana mengumumkan bakal memfailkan cerai terhadap Farid menerusi sebuah kenyataan di Instagram.

Bagaimanapun, Farid menjelaskan hanya berlaku salah faham kecil dan mereka masih berhubung seperti biasa.

Diana bagaimanapun menafikan perkara itu selain menegaskan sudah menghantar notis pindah rumah kepada Farid menerusi Whatsapp bagi menghormati proses perceraian.

Untuk rekod, pada 10 Ogos tahun lalu, Farid dan Diana bercerai talak satu namun mereka memilih untuk kembali rujuk
selepas 21 hari berpisah.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad,
11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN