Diana Danielle mahu tuntut nafkah tertunggak

Diana Danielle mahu tuntut nafkah tertunggak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selebriti, Diana Danielle, akan memfailkan tuntutan nafkah tertunggak terhadap suami yang juga pelakon, Farid Kamil.

Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 33, bakal mengambil tindakan itu kerana mendakwa Farid seperti mahu menunda proses perceraian yang difailkan.

“Tindakan seterusnya adalah, saya memutuskan untuk buat tuntutan nafkah kerana apabila dia memanjang dan memberatkan isu, saya rasa peluang yang saya beri ini, sia-sialah.

“Tuntutan nafkah itu adalah, tuntutan tertunggak bertahun-tahun lalu,” katanya ketika ditemui Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, pada Isnin.

Enggan mengulas lanjut jumlah tunggakkan yang diminta, pelakon Imaginur itu bagaimanapun bersedia memberi pengecualian sekiranya Farid rela melepaskannya.

“Bagi saya, tidak perlu saya nak beritahu secara teperinci, cuma kekecewaan saya ini, saya akan luahkan dengan cara sepatutnya.

“Apa pun yang terlalu peribadi, biarlah kekal menjadi hal peribadi.

“Kalau dia lepaskan saya, saya akan gugurkan perkara ini,” tambahnya.

Terdahulu, mahkamah di sini memerintah Diana dan Farid melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas Farid enggan menceraikan isterinya.

Hakim Syarie Abdul Fattah Kamarudin mengeluarkan perintah itu selepas Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 43, bertegas tidak mahu melafazkan cerai terhadap Diana pada sebutan kali kedua kes cerai mereka.

Mahkamah kemudian menetapkan 24 Mac 2025 untuk sebutan semula dan laporan JKP kedua-dua belah pihak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya