Ciptalah momen bahagia dengan ibu bapa selagi mereka masih ada - Mek Yun - Utusan Malaysia

Ciptalah momen bahagia dengan ibu bapa selagi mereka masih ada – Mek Yun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pempengaruh media sosial, Mek Yun, 27, mengakui, enggan terlepas peluang untuk mencipta momen bahagia bersama keluarga terutama ibu dan ayahnya demi menghargai keberadaan mereka ketika hayat masih ada.

Disebabkan itu, kata Mekyun atau nama sebenarnya, Wee Yun Nee, dia sering membawa ibu dan ayah bercuti atau bersiar-siar demi mencipta kenangan bersama.

“Kenapa saya selalu bawa mak ayah berjalan-jalan? Sebab mak dan ayah kita tak akan ada selamanya. Kadang-kadang kita terlalu sibuk mengejar kehidupan sampai kita terlupa nak hargai masa dengan orang yang selalu ada dengan kita.

“Jadi kita jangan tunggu sampai terlambat. Selagi mak dan ayah kita masih ada, luangkan masa dengan mereka, mencipta kenangan,”katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Selain itu, tambah pelakon drama Perang Nasi Dagang ini, dia juga tidak menolak hadiah kepada ibu dan ayah itu tidak semestinya harus mewah.

“Tak kisah mewah atau tidak atau sederhana. Ikut kemampuan sendiri, bawa mak ayah kita keluar berjalan-jalan. Bawa makan itu puh dah kira cukup dah. Kalau ada rezeki lebih, jangan lupa kongsi dengan keluarga kita.

“Terutamanya dengan mak ayah kita. Walaupun kecil, tapi bagi mereka setiap usaha kita untuk membahagiakan mereka sangat besar maknanya.

“Suatu hari nanti, memori inilah yang akan jadi harta paling berharga dalam hidup kita,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya