Andai ada jodoh? Doakan saya okey - Nur Fazura - Utusan Malaysia

Andai ada jodoh? Doakan saya okey – Nur Fazura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Baharu sahaja selesai tempoh idah, pelakon sensasi, Nur Fazura tidak menolak untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi andai dikurniakan jodoh sekali lagi.

Bagaimanapun, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, berkata perkara itu bukanlan menjadi keutamaannya kerana ketika ini dia mahu memberikan fokus kepada anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya dan perniagaan yang diusahakan.

Pada masa yang sama, dia berharap orang ramai dapat mendoakan dirinya bertemu dengan lelaki yang boleh menjadi suami terbaik buatnya nanti.

“Doakan saya, walaupun sekarang sudah single saya fokus kepada Fatima dan kejaya.

“Tapi mudah mudahan jika ditakdirkan ada jodoh lagi semoga yang baik-baik dan terbaik untuk saya dan Fatima. Doakan okey!

“Kita tunggu jodoh sama-sama nanti ya, mudah mudahan,” katanya.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Fazura semasa melakukan siaran langsung di TikTok miliknya selepas netizen memujinya terlihat berseri olah-olah ingin bernikah.

Sebaik sahaja pujian tersebut dibacakan oleh pekerjanya, Fazura dilihat tersipu malu sambil tersenyum lebar.

Sebelum ini, Fazura mengumumkan dirinya selesai menjalani tempoh idah selepas bercerai dengan aktor Fattah Amin pada 7 Oktober lalu.

Untuk rekod Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya