Tak mungkin saya ‘curi’ lagu sendiri - Charly Van Houten - Utusan Malaysia

Tak mungkin saya ‘curi’ lagu sendiri – Charly Van Houten

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEHINGGA kini, ada segelintir peminat muzik sama ada di Malaysia atau Indonesia yang keliru dengan penglibatan vokalis hebat, Charly Van Houten dengan bekas kumpulan, ST12 dan Setia Band.

Masakan tidak, di kala ada vokalis yang memilih untuk tidak menyanyikan lagu-lagu kumpulan lamanya, Charly pula sering mendendangkan lagu-lagu ‘berhantu’ daripada ST12?

Adakah sebenarnya dia belum ‘move on’? Atau masih bergantung harap dengan populariti lagu-lagu ST12 yang umum sedia tahu, memang menjadi kegilaan ramai peminat muzik?

Malah ada juga yang menganggap dia ‘menggunakan’ populariti seniman hebat, Allahyarham Saleem gara-gara sering menyanyikan semula lagi-lagu Iklim di konsertnya.

Benarkah dakwaan itu? Jawablah mendapatkan penyanyi hebat ini! Charly, Jawablah!

J: Charly sering menyanyikan semula lagu Allahyarham Saleem terutama di konsert-konsert berskala besar. Charly sangat mengidolakan Allahyarham?

C: Saya rasa peminat saya sudah tahu, saya memang sangat mengidolakan Allahyarham. Saya kenal dan mula gilakan lagu-lagu Iklim serta arwah sejak umur belasan tahun lagi. Saya banyak belajar muzik, menyanyi daripada dia.

Malah, saya rasa, tidak ada penyanyi lain yang mempunyai karisma serta perwatakan seniman muzik seperti Allahyarham. Dia menyanyikan setiap lagu dengan penuh ikhlas dan ketulusan hati.

Boleh dikatakan, semua lagi Allahyarham saya hafl. Sebab itu saya sering pilih lagu-lagu Iklim untuk dinyanyikan di konsert-konsert terutama di Malaysia. Saya juga pernah bermimpi berduet dengannya, cuma tidak kesampaian.

J: Sebelum ini Charly pernah sepentas dengan Allahyarham? Pernah menyatakan hasrat untuk berduet?

C: Saya pernah menyanyi bersama arwah dalam satu persembahan di Indonesia. Ketika itu, saya bersama ST12 dan kami sedang mengadakan jerayawara seluruh Indonesia. Memang teruja dan berdebar sangat.

Tetapi selepas habis persembahan, dia terus pulang jadi tidak kesampaian hasrat saya untuk ajak dia berduet. Selepas itu, dia pergi meninggalkan kita semua. Kecewa itu ada tetapi ternyata, Tuhan lebih sayang dia.

J: Alang-alang bercakap tentang ST12, sehingga kini masih ada peminat yang keliru dan menganggap Charly adalah sebahagian daripada ST12? Terutamanya disebabkan Charly sering menyanyikan lagu-lagu ST12 di konsert sendiri.

C: Saya sebenarnya sudah lelah untuk menjawab isu yang sudah hampir berpuluh tahun ini. Saya sekarang bersama Setia Band. Cuma jenama ST12 itu terlalu melekat dengan Charly. Jadi ramai keliru.

Saya tidak rugi apa-apa. Kalau orang tanya, mengapa sering menyanyikan lagu ST12, iya itu memang lagu-lagu ciptaan saya. Mereka yang seharusnya meminta izin saya untuk menyanyikan lagu-lagu itu.

Itu adalah jawapan secara profesional, kerana soal hak cipta semua sudah selesai. Saya tidak mempunyai masalah jika ada yang keliru tetapi itulah, penat juga hendak terangkan berkali-kali kan.

J: Tetapi Charly tiada masalah jika ST12 menyanyi lagu-lagu itu?

C: Tidak sama sekali, bukan satu masalah untuk sesiapa sahaja menyanyi lagu-lagu itu. Malah saya dan mereka juga baik-baik sahaja. Tidak mempunyai masalah. Buktinya saya dan ST12 pernah mengadakan konsert bersama di Malaysia kan.

J: Sebelum ini, Charly banyak berduet dengan penyanyi lelaki.Tidak ada penyanyi wanita yang ‘berani’ berduet dengan Charly? Atau ada perancangan menyanyi dengan penyanyi Malaysia?

C: Itulah, saya tak terfikir pula kan. Bukan tidak mahu tetapi belum ada yang membuka ruang itu. Saya okay sahaja. Tetapi sehingga sekarang, ada sahaja penyanyi Malaysia meminta lagu daripada saya.

Tetapi untuk peminat semua, jangan lupa dapatkan tiket konsert Music Concert Harmony Charly Van Houten yang bakal berlangsung 7 Februari tahun hadapan. Boleh tengok saya berduet dengan penyanyi Malaysia. Nantikan!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya