KUALA LUMPUR : Penyanyi, Syura Badron sebak apabila mengenangkan keadaan suaminya, Muhammad Farizat, yang masih memikirkan soal rezeki meskipun kesihatannya belum pulih.
Justeru, kata Syura, dia mengakui dirinya sangat beruntung sebagai seorang isteri kerana mempunyai suami yang sangat mengambil berat mengenai keluarga dan perniagaan yang diusahakan.
“Walaupun suami tengah dalam kesakitan, dia tak pernah berhenti fikir untuk cari rezeki buat keluarga kami. Tak pernah lupa tanya mengenai staf dia yang tengah bekerja. Hari-hari dia tanya staf okey tak, jualan okey tak dan stok okey tak?”katanya.
Selain itu, Syura berkata, dia juga sempat berpesan kepada suaminya agar percaya pada rezeki Allah.
“Staf kita akan buat sehabis baik. Paling penting awak sihat sepenuhnya. Kita boleh berniaga bersama-sama macam dulu,”katanya.
Terdahulu, Syura memaklumkan suaminya telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami luka lecur yang teruk di bahagian muka, kaki dan tangan.
Difahamkan kejadian itu berlaku sewaktu mereka berada di sebuah tempat penginapan di Perlis pada Jumaat lalu.