Sky Iskandar akui pernah jadi mangsa buli - Utusan Malaysia

Sky Iskandar akui pernah jadi mangsa buli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Sky Iskandar, 30, mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa buli suatu ketika dahulu yang diakui tidak dapat dilupakannya sehingga ke hari ini.

Menurut Sky atau nama sebenarnya Hadi Iskandar, meskipun kejadian tersebut telah lama berlaku, namun sukar buatnya untuk membuang perasaan trauma yang sentiasa membekas di minda.

“Saya pernah ada pengalaman dibuli namun tidak mahu menjelaskannya secara terperinci. Biarlah saya simpan sendiri. Tetapi disebabkan pengalaman pahit itu, saya juga berterima kasih dengan individu tersebut.

“Kerana apa yang dia telah lakukan, pengalaman itu membantu saya untuk menjayakan watak Megat Shah dalam filem Kahar Project High Council,”katanya ketika ditemui di malam gala tayangan filem berkenaan di ibu negara, baru-baru ini.

Selain itu, kata Sky, secara peribadi, dia menganggap tiada kepentingan untuknya mengenang kembali peristiwa buli berkenaan yang sudah tinggal sejarah bagi dirinya.

“Buli ini memang bagi kesan mendalam, cuma macam mana kita ambil dan terus bergerak ke hadapan yang lebih penting.

“Ya, saya pernah dibuli dan rasanya itu perkara normal yang semua orang akan lalui terutama ketika zaman persekolahan.

“Macam mana bentuk buli sama ada dari segi fizikal atau mental itu tidak penting, yang pasti kita ‘move on’ sahaja,” ujarnya.

Ditanya mengenai cara memulihkan diri, kekasih pelakon dan model jelita, Nia Atasha ini bersyukur dikelilingi ramai insan baik yang sentiasa menyuntik aura positif sehingga dia mampu melangkah.

“Saya dikelilingi dengan orang baik yang sentiasa memberikan sokongan, semangat dan percaya untuk saya bergerak ke hadapan dengan lebih baik.

“Mungkin cara saya tak sama dengan orang lain yang mengalami situasi berbeza. Saya cakap secara umum dengan berdasarkan pengalaman sendiri,” jelasnya.

Selain Sky, naskhah arahan Razaisyam Rashid itu membariskan pelakon lain seperti Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Fadhli Masoot dan Khenobu.

Kapla: High Council yang merupakan prekuel kepada siri popular Projek: High Council akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei bermula 28 November serta 5 Disember di Singapura.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya