Shah Rukh Khan kini tiba di Malaysia - Utusan Malaysia

Shah Rukh Khan kini tiba di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bukan lagi khabar angin, pelakon terkemuka Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan, akhirnya kini tiba di Malaysia hari ini sekali gus mengundang rasa teruja di kalangan peminat setianya di sini.

Kunjungan pelakon berusia 59 tahun itu ke ibu negara adalah bagi merasmikan pembukaan ibu pejabat rasmi sebuah syarikat antarabangsa di bangunan ikonik, TRX.

Difahamkan, kehadirannya itu adalah bagi mengadakan persembahan khas sempena perasmian Bin Zayed International (M) Berhad yang kini beroperasi di bangunan tersebut.

Turut hadir sama ke perasmian tersebut ialah Pengerusi Bin Zayed International Group, Sheikh Khalifa Khaled Zayed Saquer Al Nahyan serta Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pelakon yang popular menerusi filem Kuch Kuch Hota Hai itu pernah dianugerahkan pingat Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk sempena dengan Hari Jadi yang ke-70 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob pada tahun 2008 yang lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya