KUALA LUMPUR : Raja Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan (SRK) dikhabarkan bakal kembali berkunjung ke Malaysia pada minggu ini.
Difahamkan, kedatangan SRK itu adalah bagi meraikan pembukaan ibu pejabat rasmi sebuah syarikat antarabangsa.
Menurut sumber, kedatangan bintang ternama itu adalah khusus untuk mengadakan persembahan di salah sebuah bangunan ikonik yang terkemuka di Kuala Lumpur yang turut menempatkan ibu pejabat syarikat tersebut
Pelakon yang popular menerusi filem Kuch Kuch Hota Hai itu pernah dianugerahkan pingat Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk sempena dengan Hari Jadi yang ke-70 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob pada tahun 2008 yang lalu.