Saya sudah beri duit dahulu untuk mereka siapkan kerja - Vida - Utusan Malaysia

Saya sudah beri duit dahulu untuk mereka siapkan kerja – Vida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selebriti usahawan sensasi, Datuk Seri Vida, meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tuduhan yang dilemparkan oleh sebuah syarikat kontraktor pembinaan, Ah Design Communication bahawa kononnya dia gagal melunaskan bayaran sebanyak RM1,060,285 pada tahun 2018.

Jelas Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Otman, 53,

“Sekali beri peluang, mereka minta peluang lagi. Selepas itu menuntut dan menuntut. Banyak kali tuntut, tolong siapkan kerja! Siapkan kerja yang sepatutnya awak siapkan.

“Tak sepatutnya nak tuntut lagi sebab ada kerosakan banyak dan telah melebihi bajet. Awak sendiri yang buat melebihi bajet lepas itu awak nak tuntut semula dengan saya.

“RM7 juta rugi atas bangunan itu,maka bangunan itu jadi seolah gajah putih selama bertahun tahun lamanya,”katanya dalam satu hantaran video di media sosial.

Selain itu, kata Vida, dia juga kesal kerana pihaknya terpaksa menanggung kos untuk membayar gaji pengawal keselamatan sebanyak RM5,000 sebulan.

“Saya kena bayar kos gaji pengawal keselamatan pula untuk menjaga barang-barang kononnya takut hilang walhal barangan elektrik itu tidak dipasang.

“Kemudian tuntutan demi tuntutan dibuat, memang saya tak akan bayarlah. Kita pula dikatakan berhutang dengan dia sedangkan kita beri kemudahan dengan memberikan duit terlebih dahulu suruh siapkan kerja.

“Saya ulang, saya beri duit dahulu untuk siapkan kerja. Bukan buat tuntutan semula ketika progres. Saya dah berikan mereka bayaran pendahuluan untuk memudahkan kerja mereka,”katanya yang kini berada di Shanghai, China.

Terdahulu, empat kereta yang disita ialah dua buah Vellfire, satu Toyota Grand Hiace dan sebuah BMW X7, selain semua barangan di dalam rumahnya.

Perintah penyitaan itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Ipoh, Anis Hanini Abdullah selepas membenarkan permohonan Mohammad Taufik Kamarul daripada Ah Design Communication Sdn. Bhd.

Pelaksanaan writ penyitaan dan penjualan dilakukan pada sekitar 9 pagi semalam di kediamannya.

Peguam, Samir Zainal berkata, pihaknya melakukan sitaan selepas mendapat perintah penyitaan dan penjualan daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

Menurutnya, pihaknya mendapat kerjasama daripada kakitangan Vida sepanjang proses sitaan di rumah usahawan kosmetik terkenal itu, di sini semalam.

“Barangan yang disita melibatkan semua barang dalam rumah kecuali bilik tidur DS Vida sebab pintu berkunci dan kenderaan iaitu dua Vellfire, satu Toyota Grand Hiace dan BMW X7.

“Berdasarkan penyitaan ini, barang ini tidak boleh dikeluarkan dalam tempoh dua minggu,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.

Menurutnya, jika DS Vida menjelaskan tunggakan, pihaknya akan melepaskan sitaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya