Kumpulan muzik alternatif tempatan, Monosterio, melancarkan single dan muzik video terbaru mereka yang berjudul Sang Lara. Pelancaran rasmi berlangsung di bawah edaran Asia Empire Record, memperkenalkan karya yang menyentuh kisah cinta penuh pengorbanan dengan sentuhan konsep alternative pop.
Monosterio, terdiri daripada Izan (vokal), Alan (gitar), dan Anef (dram), merupakan sebuah kumpulan yang bergerak secara bebas. Sejak proses penjenamaan semula pada 2023, mereka aktif menghasilkan muzik secara kendiri, termasuk penulisan lagu, rakaman, dan produksi. Single Sang Lara menampilkan penulisan lirik oleh Alan dan Izan, manakala rakaman, mixing, dan mastering dilakukan sepenuhnya oleh Anef di studio Asia Empire Record.
Muzik video rasmi Sang Lara, arahan Anef, turut menjadi daya tarik utama. Kali ini, mereka memilih untuk tidak menampilkan anggota kumpulan dalam muzik video. Sebaliknya, model bernama Lara memegang watak utama, memperkuatkan emosi lagu ini melalui penceritaan visual yang mendalam.
“Kami ingin menghasilkan sesuatu yang dapat menyentuh hati pendengar dengan lirik dan konsep yang mudah diterima oleh semua,” kata Izan, vokalis utama Monosterio.
Monosterio kini sedang dalam proses menyiapkan album penuh pertama mereka, yang dijangka dilancarkan pada 2025. Album ini akan hadir dalam bentuk cakera padat (CD) dan dilengkapi dengan barangan eksklusif seperti kemeja-T, pelekat, dan poster.
Single pertama Monosterio, Monofonik, memperkenalkan mereka sebagai sebuah kumpulan alternatif art rock dengan konsep yang bertenaga. Kini, Sang Lara menjadi evolusi yang lebih mesra pendengar, memperlihatkan sisi lembut kumpulan ini.
Untuk maklumat lanjut dan projek akan datang Monosterio, peminat boleh melayari laman sosial rasmi mereka atau menghubungi Asia Empire Record di talian berikut:
+6010-367 1008 (Mr. Ali)