'Rate' saya RM15,000 minimum untuk menyanyi - Aliff Syukri - Utusan Malaysia

‘Rate’ saya RM15,000 minimum untuk menyanyi – Aliff Syukri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selebriti dan usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri, mendedahkan, dia tidak akan menerima sebarang tawaran menyanyi untuk mana-mana acara atau majlis sekiranya harga yang diberikan tidak setimpal.

Menurut Aliff, penolakan seperti itu bukan bermaksud dirinya seorang yang sombong sebaliknya kerana perlu menjaga reputasi sebagai seorang penyanyi yang bermutu.

“Sebagai contoh, baru-baru ini saya ada dapat tawaran untuk menyanyi di sebuah konsert. Saya tak bersedia kerana terus-terang, suara saya ini terlalu sedap tetapi bayaran yang ditawarkan pula tidak setimpal.

“Ini saya nak beritahu, ‘rate’ atau harga saya minimum RM15,000. Ini serius, jangan ketawa. Kalau saya terima macam tak berbaloi. Kita sudah bersiap cantik-cantik, bayaran pula sekadar dapat RM2,000 atau RM3,000 memang tak berbaloi.

“Kalau macam itu tawarannya baik saya buat live di media sosial sahaja,”katanya ketika ditemui pada majlis Hi Tea With Anthon’s Leather di Hotel One World,baru-baru ini.

Selain itu, kata penyanyi lagu Abang Nak Tegur ini, dia juga tidak bersetuju andai ada yang mentertawakan dirinya apabila pendedahan ini dibuat.

“Dengan nama Allah, awak semua ingat hina sangatkah saya tak boleh menyanyi? Ini cerita betul. Saya tolak tawaran itu bukan sebab menyombong. Sudahlah lokasi pun jauh, di Pulau Pinang, kemudian bayarannya sedikit.

“Tak bolehlah macam itu. Saya kena jaga reputasi saya,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya