Old Money: Jangan ambil kesempatan atas kesempitan orang - Awal Ashaari - Utusan Malaysia

Old Money: Jangan ambil kesempatan atas kesempitan orang – Awal Ashaari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Pengacara dan selebriti terkemuka tanah air, Awal Ashaari, 43, menasihatkan individu yang mencetuskan gerakan ‘Old Money Malaysia’ supaya tidak mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain menerusi idea bisnes yang mungkin ditawarkan.

Menurut Awal, dia juga khuatir tindakan pencetus gerakan tersebut yang turut mengenakan bayaran tertentu terhadap mana-mana individu yang ingin menjadi sebahagian daripada komuniti mereka.

“Kita ada banyak badan-badan berkanun yang memerhati dan akan memantau. Individu yang mahu mewujudkan sebuah yayasan, yang melibatkan duit rajyat, nak raih dana takyat pun perlu ada rekod terperinci.

“Jadi untuk seseorang menubuhkan sebuah komuniti dengan mengambil bayaran dan sebagainya, saya rasa perkara itu haria dikaji terlebih dahulu.

“Saya tahu ramai orang yang tercari-cari identiti, nak sertai komuniti sebegitu kerana enggan kelihatan tersisih, tetapi bila nak sertai, kena pula bayar yuran tertentu. Saya rasa ia seakan telah disalahgunakan,”katanya.

Awal berkata demikian semasa ditemui pada sidang media program Innovathon musim ke-2 terbitan Astro dengan kerjasama Kementerian Ekonomi dan juga Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), di sini, semalam.

Selain itu, Awal berkata, dia tidak akan mempersoalkan perkara itu sekiranya komuniti terbabit benar-benar memberi manfaat kepada semua ahli yang menyertai dan membayar yuran.

“Kalau sekadar ambil duit untuk anda berada dalam organisasi itu bagi saya, benda itu harus dikaji lagi. Melainkan dia jelaskan apa manfaat yang akan diperolehi oleh setiap ahli yang sertai dan bayar yuran itu.

“Contohnya dia akan sediakan kelas motivasi, kelas kemahiran komunikasi, kelas asas bina keyakinan diri atau imej, maka itu okey.

“Kalau sekadar kutip duit semata-mata nak berada dalam komuniti itu, harus berhati-hati. Kita jangan ambil kesempatan atas kesempitan orang hanya kerana tahu orang akan terpengaruh.

“Banyak orang sekarang bukan hidup senang, ramai sedang bergelut mencari pendapatan pagi petang siang dan malam. Jadi jangan sewenang-wenangnya ambil kesempatan,”katanya.

Terdahulu, pempengaruh media sosial, Andika Putera, mencetuskan kekecohan dan kecaman ramai apabila menubuhkan gerakan ‘Old Money Malaysia’ yang berteraskan fesyen dengan idea bisnes.

Andika juga dilaporkan telah mengenakan yuran penyertaan seumur hidup bernilai lebih RM200 kepada mana-mana individu yang ingin menyertai komuniti terbabit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya