Niat cuma satu, untuk menghiburkan semua - Ali Puteh - Utusan Malaysia

Niat cuma satu, untuk menghiburkan semua – Ali Puteh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelawak, Ali Puteh,35, bersyukur apabila kini diberi peluang kembali menghiburkan peminat selepas beberapa tahun tidak muncul di kaca televisyen dan kurang menerima tawaran kerja sebelum ini.

Menerusi hantaran di TikTok, Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan meluahkan rasa gembira lantaran dapat mewarnai semula industri hiburan tanah air.

“Kini kembali dengan niat yang satu untuk menghiburkan semua. Terima kasih buat isteri yang sentiasa ada di saat aku jatuh difitnah dan di caci sang duniawi.

“Kini tiba masanya kita nikmati senyum dan tawa yang hilang sekian lama,”katanya.

Sebelum ini, Ali memaklumkan dia kurang menerima tawaran berlakon selain disekat oleh beberapa stesen televisyen susulan isu membabitkan dirinya dengan kakak ipar yang juga balu kepada Allahyarham Abam Bocey.

Menganggap segala ujian yang berlaku sebagai satu hikmah, Ali mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak putus memberikan sokongan.

“Setiap ujian pasti ada hikmahnya, setiap tangisan pasti ada manisnya dan setiap kesedihan pasti ada penghujungnya.

“Selepas hujan pasti ada pelanginya. Alhamdulillah syukur dengan segala ujian dari Yang Maha Esa. Terima kasih buat semua yang sentiasa mendoakan saya dan keluarga,”katanya.

Dalam perkembangan lain, Ali berjaya menempah tiket ke pentas akhir Muzikal Lawak Superstar 4 sebagai kumpulan Putehh yang bakal berlangsung pada 16 November ini.

Selain Ali, Putehh turut dianggotai oleh Man Raja Lawak dan Aya Amiruddin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya