Naim Daniel kesal kes buli masih berlaku libat pelajar IPT - Utusan Malaysia

Naim Daniel kesal kes buli masih berlaku libat pelajar IPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel meluahkan rasa kesal dengan insiden buli membabitkan penuntut institut pengajian tinggi yang masih lagi gagal dibendung sehingga wujud mangsa-mangsa baharu.

Merujuk kepada insiden yang berlaku membabitkan seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Naim menerusi aplikasi X, menempelak kejadian buli yang berlaku yang disifatkan bagai tidak ada tindakan serius.

“Pada tahap ini, melingkup sajalah tempat ini. Lantak orang nak kata aku pukul rata ke apa.

“Jangan datang dekat aku dan kata aku tak akan faham tradisi sesebuah institusi.

“Sudah berapa banyak nyawa yang dizalimi dekat tempat ini dan berapa banyak lagi yang belum atau tak didengari?” tegasnya.

Luahan Naim itu mendapat respons daripada pengikutnya dengan ada antara mereka berpendapat institusi tersebut tidak sepatutnya dipersalahkan.

“Bila kita buar drama atau filem untuk memberi nasihat, lagi banyak kes-kes ini berlaku. Ini masalah manusia dan perangai, bukan institusi.

“Kalau katakan ahli muzik, penyanyi buat salah, tak akanlah institusi muzik yang kena dipersalahkan?”kata seorang pengguna X.

Imbas kembali, seorang Pegawai Kadet Laut iaituj Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain maut selepas teruk dipukul dan diseksa menggunakan seterika wap gara-gara dituduh mencuri komputer riba, tujuh tahun lalu.

Sehinggalah pada 23 Julai lalu, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas enam bekas penuntut Universiti UPNM yang didapati bersalah mengakibatkan kematian kepada Allahyarham Zulfarhan.

Terbaharu, seorang penuntut tahun satu UPNM cedera parah serta retak pada bahagian tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak penuntut senior.

Difahamkan, mangsa telah dipijak oleh pelajar senior tahun tiga dalam satu kejadian yang berlaku pada 21 Oktober lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya