Mungkin zaman akak menang anugerah adik belum lahir - Noorkhiriah - Utusan Malaysia

Mungkin zaman akak menang anugerah adik belum lahir – Noorkhiriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bukan mahu menunjuk, tetapi bagi pelakon versatil, Noorkhiriah, 49, dia juga pernah memenangi beberapa anugerah berprestij tanah air sejak mula membintangi drama-drama tempatan 27 tahun lalu.

Perkara itu dikongsikan Khiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie setelah menerima pertanyaan daripada pengikutnya di Instagram.

Turut berkongsi gambar yang memaparkan enam trofi yang diraih menerusi pelbagai kategori dan anugerah, Khiriah bersyukur hasil kerja lakonnya mendapat pengiktirafan.

Bagaimanapun, kata Khiriah, fokusnya pada waktu ini bukan lagi mengejar trofi, tetapi demi kelangsungan hidup dan kerjaya.

“Tak salah sama sekali bertanya, tetapi bila kerap sangat, saya pun tempel baliklah. Mungkin zaman akak menang, adik belum lahir. Alhamdulillah, saya dah dapat lama, sampai warna (trofi) pun dah kuning.

“Walaupun tak banyak mana dan tak penuh almari, saya dah pernah dapat dulu. Sekarang misi kerja, bukan anugerah.

“Sebenarnya, dari dulu lagi, saya kerja sebab ini kerja akak. Nak bayar itu dan ini. Kadangkala luruh rambut nak fikir kenapalah tiada tawaran kerja masuk. Bukan anugerah yang saya fikir. Tetapi apabila kerja kita dihargai, Alhamdulillah, syukur,”katanya.

Selain itu, menerusi perkongsian yang sama, Khiriah berkata, hasrat memenangi anugerah setiap kali melakukan kerja lakon bukanlah apa yang disemat di dalam fikirannya pada setiap masa.

“Itu bukan cara saya. Misi saya sekarang adalah nak memasukkan roh watak sesuatu cerita sebab selepas ini, belum tentu ada rezeki ‘job’ yang menarik.

“Adakalanya, ada anugerah, tawaran berlakon belum tentu ada. Zaman sekarang zaman ‘follower’ dik. Apa pun, syukur Alhamdulillah saya dah merasa,”katanya.

Untuk info, Khiriah pernah merangkul trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin 2007, Anugerah Bintang Popular bagi kategori Artis Komedi Wanita Popular (ABP2009) dan Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik serta Pelakon Wanita Terbaik (Drama) dalam ABP2010.

Tidak cuma itu, Khiriah juga pernah merangkul trofi Artis Komedi Wanita Popular (ABP2011) dan Pelakon TV Komedi Terbaik (Telefilem) sempena Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA2022).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya