Maryam You Narae, Ryzal Ibrahim bakal timang anak kedua - Utusan Malaysia

Maryam You Narae, Ryzal Ibrahim bakal timang anak kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan selebriti media sosial, Maryam You Narae berkongsi berita gembira apabila mendedahkan dirinya sedang hamil anak kedua.

Maryam, 31, berkata, dia teruja dengan kehamilan tersebut yang disifatkan membawa kebahagiaan buat mereka sekeluarga.

“Kebahagiaan baru bakal hadir dalam keluarga kami. Kami sedang bersiapa sedia menyambut kedatangan anggota keempat keluarga ini,” katanya.

Maryam berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran dimuat naik di Instagram miliknya.

Menerusi video yang dikongsi, anak perempuan sulungnya, Rina dilihat teruja memberikan kit ujian kehamilan kepada bapanya, Ryzal Ibrahim bagi memberitahu bahawa dia bakal bergelar seorang kakak.

Rizal yang ketika itu sedang membasuh pinggan di dapur terkejut sebelum menari girang selepas menerima berita gembira tersebut.

Pada Ogos 2023, Maryam mendedahkan dia mengalami keguguran dan sukar melupakan perkara berkenaan.

Untuk rekod, Maryam yang juga berasal dari Korea Selatan mendirikan rumah tangga dengan Ryzal atau Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim pada 15 Ogos 2019.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Rina yang kini berusia tiga tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya