Mahu kahwin dengan saya, adakah awak sedia hidup tiada privasi? - Utusan Malaysia

Mahu kahwin dengan saya, adakah awak sedia hidup tiada privasi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming, mendedahkan peti mesej media sosialnya dibanjiri lamaran daripada wanita yang mahu menjadi teman hidup.

Namun begitu, Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, 32, meletakkan dua syarat jika benar seseorang itu mahu bergelar isteri kepadanya.

“Saya dapat banyak sangat lamaran. Kadang saya buka peti mesej ada yang bertanya jika sudi berkenalan. Tapi akaun mereka pun private.

“Saya hargainya, tapi soalan saya yang pertama ialah adakah awak bersedia untuk didedahkan kepada umum jika awak berkahwin dengan saya? Sebab pengguna di semua media sosial akan menghakimi awak atas ke bawah.

“Saya buat siaran langsung ini pun orang hakimi ada yang kata muka saya penat, pipi makin besar, muka hangus dan macam-macam. Saya tidak rasa semua orang bersedia jawab soalan itu.

“Dunia ini kasar, sebab itu mereka hakimi kita dari kiri, kanan atas dan bawah,” katanya.

Aming berkata demikian ketika menjawab soalan yang diajukan peminat ketika sesi siaran langsung.

Bukan itu sahaja, Creator of the Year, Anugerah TikTok 2023 itu juga beranggapan tidak semua wanita rela untuk hidup tanpa privasi.

“Soalan saya yang kedua adakah awak sedia hidup tiada privasi. Kalau mahu keluar makan atau bercuti sekalipun, tiada privasi. Tak banyak benda yang boleh buat secara tenang.

“Lepak duduk pantai (dengab tenang) pun tidak boleh. Makan malam ‘candle light’ pun kena kacau. Perkara semudah itu pun tiada privasi.

“Kalau kamu selesa dihakimi, saya ucapkan semoga berjaya. Itulah realitinya, mungkin mereka tidak nampak bahagian itu,” tambahnya.

Terdahulu, video jawapan balas pempengaruh tersebut mengenai jodoh bagaimanapun telah dirakam dan dimuat naik peminat sehingga tular di media sosial.

Sehingga kini, video berkenaan telah mendapat 800 juta tontonan di aplikasi X.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya