Laudya Cynthia Bella nekad tinggalkan dunia seni - Utusan Malaysia

Laudya Cynthia Bella nekad tinggalkan dunia seni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selepas hampir 22 tahun bergelar anak seni, pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella memberi gambaran bahawa dirinya nekad untuk meninggalkan dunia selebriti.

Ia berikutan akaun Instagram milik pelakon tersebut yang kini dikatakan telah dikendalikan oleh pihak pengurusannya dan bukan dirinya sendiri lagi.

Malah, menerusi tinjauan di platform tersebut, akaun pelakon itu juga kini telah menjadi platform promosi produk keluarannya.

Malah, Laudya juga telah memadam foto dan videonya dari Instagram yang memiliki 3.7 pengikut itu tetapi hanya meninggalkan beberapa foto yang memaparkan dirinya memakai pelitup muka.

Untuk info, Laudya Cynthia Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas suami usahawan Noor Nabila iaitu Engku Emran pada 2017.

Bagaimanapun rumah tangga mereka gagal dipertahankan dengan dua tahun kemudian kedua-duanya memilih untuk berpisah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya