LOS ANGELES: Kes kontroversi membabitkan artis berpengaruh Hollywood, P Diddy, terus mendapat tumpuan selepas pihak berkuasa mendapatkan kenyataan daripada pekerja seks di parti diadakan.
Hasil soal jawab pihak berkuasa pada 31 Oktober lalu, sejumlah gigolo mengaku pernah bekerja di pesta liar P Diddy yang dipanggil Freak Off (FO).
Kebanyakan gigilo yang memberikan kenyataan sudah berusia 40-an dan pernah menghadiri parti FO ketika berusia berusia 20 tahun.
“Pekerja di FO perlu minum beberapa ubat seperti Viagra dan Cialis sebelum parti bermula.
“Sekiranya kami enggan atau tidak menghadirkan diri, kami akan dikeluarkan dan tidak dibayar,” kata salah seorang pekerja seperti dilaporkan sebuah akhbar.
Bukan itu sahaja, terdapat sebuah laporan baharu dibuat mengaitkan P Diddy atau nama sebenarnya Sean Diddy Combs didakwa melakukan keganasan seksual kepada kanak-kanak berumur 13 tahun.
Turut mengejutkan orang ramai ialah, P Diddy, didakwa membius remaja berkenaan dan merogolnya bersama seorang lagi artis yang dirahsiakan.
Malah, seorang artis perempuan turut menyaksikan jenayah itu namun namanya masih dirahsiakan oleh pihak berkuasa.
Kini, P Diddy masih ditahan di Pusat Tahanan Metropolitan dan bakal menghadiri sidang pertamanya pada 5 Mei tahun hadapan. -UTUSAN