KUALA LUMPUR : Sambutan ulang tahun ke-28 penyanyi rap sensasi, MK K-Clique pada tahun ini nampaknya membawa senyuman ceria di wajah apabila isteri kesayangan, Siti Hajaar menghadiahkan sebuah motorsikal berkuasa tinggi buat dirinya.
Menerusi satu hantaran di Tik Tok, Siti Hajaar berkongsi, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan telah lama mengimpikan motorsikal tersebut namun menahan perasaan untuk membeli gara-gara tidak dipersetujuinya.
“Bila suami gembira, kita pun akan hilang penat, sedih, sakit. Kita pun akan tumpang gembira. Motor itu dia pernah kongsi cerita pada saya sebelum ini. Dia kata nak sangat beli tapi saya jenis takut lihat orang naik motor, makanya ketika itu saya tidak setuju dia beli.
“Tapi tak bolehlah tengok kesayangan saya sedih tak dapat pakai apa yang di mahu.
“Saya pun fikir, tak apalah. Saya akhirnya hadiahkan dia motor itu waktu ulang tahunnnya,” katanya.
Dalam pada itu, MK turut dapat dilihat tersenyum kegembiraan sambil menunggang motosikal berkenaan.
Selain itu, sempena ulang tahun suaminya itu, Siti Hajaar juga memberikan sepasang sandal sebagai hadian buat MK.
MK dan Siti Hajaar mendirikan rumah tangga pada 16 Jun tahun lalu.
Pasangan itu selamat menimang cahaya mata sulung perempuan pada 3 Ogos lalu yang diberi nama Aya Rayana.