Filem Kahar: Kapla High Council raih kutipan RM1 juta hari pertama tayangan - Utusan Malaysia

Filem Kahar: Kapla High Council raih kutipan RM1 juta hari pertama tayangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Memulakan tayangannya semalam, Filem Kahar: Kapla High Council telah berjaya meraih RM1 juta sekali gus meraih pujian ramai peminat dan penonton filem berkenaan.

Menurut Penerbit Eksekutif filem tersebut dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, pihaknya terharu dengan sambutan luar biasa yang diberikan peminat filem tempatan dan ini menyuntik semangat buat pengkarya untuk melahirkan lebih banyak filem bermutu selepas ini.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada semua penonton yang telah menonton filem Kahar: Kapla High Council di pawagam. Kami amat terharu dengan sokongan penonton dan menjadikan filem ini meraih kutipan RM1 juta di hari tayangan awal dan hari pertama.

“Watak Kahar sekali lagi berjaya mencuri perhatian penonton dan bagi kami Kahar bukan sekadar watak, tetapi simbol kepada mesej anti keganasan.

“Kami mengharapkan permulaan baik ini dapat membawa momentum positif yang berterusan sekali gus mencipta kejayaan luar biasa,”katanya dalam satu kenyataan.

Filem ini diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama GSC, HM Entertainment dan ZAK Capital.

Bukan sekadar mempertaruhkan jalan cerita dengan babak-babak yang mengundang keterujaan, filem berdurasi 102 minit ini mengangkat isu buli yang berlaku di kalangan remaja.

Ia turut membicarakan isu kritikal seperti kepentingan institusi kekeluargaan kepada pembangunan diri seseorang dan menekankan mesej kekerasan bukanlah jalan penyelesaian.

Filem ini telah dibarisi oleh pelakon hebat seperti Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Khenobu, Thompson, Husyairi Hussain dan Hasnul Rahmat.

Kahar : Kapla High Council mengisahkan tentang Kahar, seorang pelajar tingkatan 4 sekolah berasrama penuh Kolej Ungku Deramat (KUDRAT).

Seorang yang pendiam dan kerap menyisihkan diri, dia sering berasa tertekan kerana bapanya, Dato Abu Yamin, meletakkan harapan begitu tinggi terhadapnya.

Keadaan semakin meruncing apabila dengan tidak sengaja, Kahar terjerumus dalam pemilihan ketua tidak rasmi bagi seluruh badan pelajar. Kemenangan Kahar membuatkan dia leka dengan kedudukannya itu.

Sementara itu, bagi peminat dan penonton, jangan lepaskan peluang untuk temui barisan pelakon di siri jelajah Kahar : Kapla High Counci pada 29, 30 November & 1 Disember di Kedah, Penang, Perak; 6, 7, 8 Disember di Negeri Sembilan, Johor Melaka; 13, 14, 15 Disember di Terengganu, Pahang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya