Fazley ziarah kubur arwah bapa pukul satu pagi, baca Yasin - Utusan Malaysia

Fazley ziarah kubur arwah bapa pukul satu pagi, baca Yasin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley, mendedahkan, sudah menjadi tabiatkanya untuk pergi menziarahi kubur arwah bapa, Datuk Yaakob Mohammad, setiap kali memenangi anugerah dalam bidang masakan.

Tindakan itu dilakukan Fazley atau Ahmad Fadzli Yaakob, 46, kerana mengenang impian arwah yang mahu melihatnya penyanyi itu menceburi bidang masakan.

“Anugerah besar pertama yang saya terima ialah Anugerah Alumni Paling Cemerlang dari Le Cordon Bleu, London.

“Balik sahaja dari London pukul satu pagi, saya terus minta jaga bukakan pintu pagar kubur. Dalam keadaan gelap, saya bacakan Yasin.

“Saya rasa, kalau ayah masih hidup, dia mesti berbangga dengan pencapaian ini. Dari dulu dia mahu tengok saya dalam bidang masakan. Ayah dulu berniaga mi goreng di Kedah, dia selalu ingatkan jangan lupa asal usul,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Walaupun arwah ayah sudah meninggal dunia lapan tahun lalu akibat komplikasi paru-paru, Fazley masih merasakan ia adalah peristiwa paling pahit dalam hidupnya.

“Itu momen terendah dalam hidup saya sebab saya tidak jangka arwah pergi secepat itu tanpa sebarang petanda.Waktu itu saya tengah masuk pertandingan MasterChef.

“Selepas dia meninggal, sebagai anak sulung, sayalah ketua keluarga dan bertanggungjawab uruskan syarikatnya,” tambahnya.

Untuk rekod, pada 2016, bapa kepada Fazley, Datuk Yaakob Mohammad disahkan meninggal dunia di Hospital Pakar KPJ Damansara dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Yaakob pernah menyandang jawatan Setiausaha Kerja Barisan Nasional dan dilantik sebagai anggota Dewan Negara pada 2002.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya