Demi jaga pita suara, Siti Nordiana tidak lagi minum kopi - Utusan Malaysia

Demi jaga pita suara, Siti Nordiana tidak lagi minum kopi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Siti Nordiana, 40, mendedahkan, sejak setahun lalu dia berkorban dengan tidak lagi menyentuh minuman kegemarannya, kopi demi menjaga kesihatan pita suaranya.

Menurut Siti Nordiana atau nama sebenarnya Siti Nordiana Alias, sejak mengalami masalah vokal ketika menyertai program All Stars Gegar Vaganza (GV10), banyak usaha dilakukan demi memulihkan kembali kesihatan termasuk perlu berpantang.

“Pita suara saya semakin baik selepas mendapat rawatan pakar berikutan masalah berpunca daripada jangkitan Covid-19 ketika musim pandemik

“Apabila menyertai GV10 keadaan menjadi semakin teruk selepas saya memaksa diri untuk meneruskan perjuangan hingga ke saat akhir.

“Biarpun sudah pulih, saya kena berpantang terutama tidak mengambil kopi sejak setahun lalu bagi mengelakkan masalah lama berulang lagi,” katanya ketika ditemui pada sidang Konsert Memori Mungkin Berulang, semalam.

Kongsi penyanyi lagu Cinta Hanya Sandaran ini lagi, dia juga menghadiri kelas intensif di bawah bimbingan Datuk Syafinaz Selamat secara berkala demi melatih kemantapan vokal.

“Menyanyi adalah kerjaya saya, jadi apabila berlaku masalah pada pita vokal sudah tentu itu akan memberi risiko terhadap nyanyian saya.

“Kalau ikutkan memang setiap bulan saya pergi ke kelas vokal, kena berlatih dan ‘top up’ suara.

“Kali ini mungkin akan lebih kerap sebab saya perlu membuat persiapan awal menjelang persembahan mega dengan Tomok, Konsert Memori Mungkin Berulang,” ujarnya.

Sementara itu, menyentuh mengenai konsert anjuran syarikat milik Tomok, Popsicle Records yang berlangsung pada 1 Februari 2023, Siti Nordiana mengakui teruja sebaik rakan seperjuangannya itu mempelawanya.

“Ini kali pertama saya dan Tomok akan berkongsi pentas mega membawakan lagu duet kami serta mengimbas nostalgia kegemilangan seleksi hits saya dan Allahyarham Achik.

“Kami juga akan membawakan dendangan popular kami sepanjang dua dekad dalam industri muzik,” ujarnya

Tiket menyaksikan konsert dijual pada harga RM98 sehingga RM498, selain VIP Box RM5,000 boleh ditempah di Ticket2u

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya