Buat konsert? Baik saya buat bisnes ikan keli - Naim Daniel - Utusan Malaysia

Buat konsert? Baik saya buat bisnes ikan keli – Naim Daniel

KUALA LUMPUR, 15 OKTOBER 2024 - Sesi fotografi bersama selebriti, Naim Daniel ketika pelancaran drama Project Exit di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur di sini hari ini. GAMBAR - AMIR KHALID / PEMBERITA - HIBURAN ( UTUSAN / KOSMO )
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel, 28, mengakui belum berani menerima atau memasang hajat mengadakan konsert sendiri memandangkan fokusnya tidak semata-mata terarah pada kerjaya seni.

Sedar diri bahawa masih banyak kelemahan perlu diperbaiki, Naim berkata, dia juga yakin perjalanannya masih jauh dalam bidang seni muzik.

“Ia tidak cuma tentang sedar ruang atau ambil peluang. Ia terpulang pada keadaan tetapi saya sendiri sedar bahawa diri ini kena mantapkan perjalanan kerjaya muzik terlebih dahulu.

“Sebab sebelum saya nak buat konsert atau apa, saya kena tahu macam mana kekuatan penonton untuk hadir, baiki kelemahan diri supaya tak adalah rasa ralat nak buat. Nak buat apa-apa pun, kena bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.

“Mungkin juga impian saya dah lain. Tak nak buat konsert, tetapi lebih baik saya ternak ikan keli,”katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Kongsi penyanyi lagu Sumpah dan Purnama ini, dia berazam untuk meneroka peluang perniagaan penternakan ikan keli berikutan mahu mencari potensi lain di luar bidang seni.

“Saya nak cuba buat benda lain pula sebab itu saya rancang nak ternak ikan keli. Saya katakan begini bukan bermakna ia isyarat nak pencen daripada dunia seni atau apa, tetapi kita pun tahu bidang seni ini akan ada sahaja penggantinya.

“Sebab itu, saya buka kafe, cuba benda lain, nak teroka bisnes lain dengan tidak menjadikan kerjaya seni sebagai punca pendapatan utama.

“Tidak juga saya katakan tak mahu sertai mana-mana konsert. Kalau ada yang jemput, kita buat sahaja tetapi fokus cari pendapatan lebih, saya ubah kepada bidang lain dan cuba kembangkan potensi diri dengan cara berbeza,”katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai pandangannya terhadap nasib malang yang menimpa rakan artis, Aisha Retno yang didakwa telah dianiaya penganjur Konsert Malam Sutera, Naim memilih untuk tidak mencampuri urusan mereka.

Bagaimanapun,kata Naim, dia percaya apa yang dilalui oleh rakannya itu adalah satu dugaan buat anak-anak seni.

“Dalam hidup sebagai anak seni ini pastinya ada naik dan turun, Tetapi kita kena teruskan berusaha. Apa pun, kita kena dengar dua belah pihak kerana mungkin masing-masing ada penjelasan,”katanya.

Kelmarin, menerusi penjelasan video dimuat naik dalam Instagram, Aisha Retno mendedahkan, dia hanya mengetahui status pembatalan konsert Malam Sutera menerusi media sosial oleh pihak penganjur.

Menerusi pendedahan yang dibuat, ramai beranggapan Aisha seakan telah dianiaya oleh pihak penganjur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya