Bekas isteri Keith Foo peluk agama Islam - Utusan Malaysia

Bekas isteri Keith Foo peluk agama Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bekas isteri kepada pelakon Keith Foo iaitu Kim Raymond meraih perhatian warganet apabila dia dikhabarkan telah memeluk Islam pada Oktober lalu.

Difahamkan, wanita tersebut telah memeluk Islam pada 24 Oktober lalu di Markas Al-Khadeem, Kampung Sungai Kayu, Petaling Jaya dan perkara itu telah dikongsikan oleh News Muslim Community di akaun Instagram rasmi mereka.

“Alhamdulillah, dengan hidayah daripada Allah SWT, Kim Amal Raymond dari Malaysia memeluk Islam di Al-Khaadem pada 24 Oktober lalu.

“Ramai ahli keluarga dan rakan-rakannya hadir untuk menyaksikan majlis yang penuh barakah,” katanya.

Menerusi hantaran tersebut, Kim manis dalam busana serba hitam dan lengkap memakai tudung.

Dalam pada itu, komuniti tersebut memohon orang ramai mendoakan urusan saudara baru dalam mendalami Islam dipermudahkan.

Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan menjadikannya seorang muslim yang soleh serta beramal, amin.

“Terima kasih kepada penaja Kit Muslim Baru kami yang indah oleh @zaahara.group untuk membantu saudara baru kami memulakan perjalanan mereka,” ujarnya.

Terdahulu, Kim pernah mendirikan rumah tangga dengan Keith pada November 2015 namun bercerai pada Disember 2019.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Skylar Raymond pada Mei 2017.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya