Bapa Sharnaaz Ahmad meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bapa Sharnaaz Ahmad meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bapa kepada pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad, Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad meninggal dunia pada awal pagi Rabu.

Khabar duka ini telah dimaklumkan sendiri oleh Sharnaaz menerusi akaun Instagram miliknya pagi tadi.

“Hero saya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.40 pagi ini. Dia tidak pernah berhenti putus asa, hanya jantungnya sahaja yang berhenti berdegup.

“Dia selamanya akan menjadi hero dan juara untuk saya. Saya sayang papa, Al- Fatihah papa,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, pelakon berusia 38 tahun itu memaklumkan jenazah dalam perjalanan untuk dibawa pulang ke kampung halaman keluarganya di George Town, Pulau Pinang.

Sharnaaz menerusi hantaran yang sama turut berterima kasih kepada bapanya kerana telah menjadi sosok bapa yang hebat dan kuat.

“Terima kasih kerana menjadi bapa yang hebat kepada kita semua. Saya setengah kuat seperti anda, separuh sebagai ayah yang baik seperti anda.

“Sekarang ajar saya untuk menjadi yang hebat seperti anda dari syurga tau,” tulisnya lagi.

Sementara itu, Sharnaaz memaklumkan solat jenazah akan diadakan di Masjid Syed Eyusof, George Town selepas solat Asar sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Lama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN