Artis, pempengaruh bakal meriahkan FestStar - Utusan Malaysia

Artis, pempengaruh bakal meriahkan FestStar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Noraniza Idris, kumpulan XPDC Kita Peng Yu dan Kristal adalah antara nama-nama artis terkemuka tanah air yang disenarai mengadakan persembahan istimewa sempena penganjuran FestStar Food Fest yang bakal berlangsung pada 25 hingga 31 Disember ini.

Selain itu, turut berada sebaris dengan mereka ialah penyanyi Talia Mentor, Damia dan Kembara Live yang bakal membuat persembahan sempena penganjuran festival selama seminggu itu.

Menurut Pengarah Urusan FestStar Influencer Entertainment, Herrie Shaputra Azizan atau mesra disapa Puterabell, festival kali ini bukan sahaja menampilkan persembahan artis terkemuka tempatan, tetapi turut menyelitkan beberapa program dan aktiviti menarik buat para pengunjung.

“Tidak cuma artis, kami juga membawakan pempengaruh media sosial terkenal untuk memeriahkan acara. Antaranya, Emy Cha Cha, Han Budak Cina, Puan Tina, Adila, Gemor Jalan, Mirul Maneh, Kak Reptor dan Paah Rabbit pastinya akan memeriahkan lagi suasana.

“Tidak cuma persembahan artis, FestStar Food Fest yang bertemakan Menikmati rasa, Merayakan Gaya Hidup ini juga menyediakan banyak gerai makanan daripada peniaga tempatan dan antarabangsa, demonstrasi masakan oleh chef selebriti dan aktiviti interaktif bersama pempengaruh popular,”katanya.

Selain itu, jelas Puterabell, festival ini juga dianjurkan dalam usaha mempromosikan keunikan makanan tempatan disamping memberi peluang kepada usahawan kecil dan sederhana (PKS) berkembang dengan jaya.

“Pihak kami sentiasa cuba membawakan konsep mengikut trend terkini supaya pengunjung yang hadir seronok berkunjung ke acara yang kami lakukan.

“Penganjuran festival kali ini bukan sahaja bertujuan mempromosikan keunikan kulinari tempatan, ia juga mampu membantu PKS untuk berkembang.

“Acara yang dianjurkan ini juga mempunyai matlamat untuk mencipta sebuah acara menyeronokkan yang mampu memberi impak positif kepada komuniti, industri dan budaya.

“Dengan pengalaman luas dalam menganjurkan pelbagai jenis acara sebelum ini, saya yakin festival kali ini akan memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat para pengunjung. Mereka bukan sahaja boleh makan tapi terdapat pelbagai aktiviti serta konsert yang akan dijalankan,” katanya.

Sementara itu, kata Puterabell lagi, antara aktiviti lain yang disediakan buat pengunjung termasuk permainan paintball, soopa doopa, neon light, electronic beam dan fun run yang bakal menjadi tumpuan ramai kelak.

Tambah menarik, terdapat juga program ketuk-ketuk, zoo mini, night of fright, pesta kopi,pameran kerjaya dan konsert yang pasti buatkan pengunjung teruja untuk hadir memeriahkan acara.

FestStar FoodFest ini akan bermula pada jam 11 pagi sehingga 12 malam bertempat di TF Mart, Taiping, Perak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya