Aiman Tino terkandas di Seoul akibat cuaca buruk

Aiman Tino terkandas di Seoul akibat cuaca buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Aiman Tino, 26, berkongsi pengalaman buruk apabila dia dan isterinya, Che Syarah Haifa Che Isa, terkandas sehari di lapangan terbang Seoul, Korea Selatan, semalam.

Ia berikutan cuaca buruk yang melanda negara terbabit yang dilaporkan kini sedang dilanda salji lebat.

Aiman berkata, dia dan isterinya bersama penumpang lain terpaksa berada dalam pesawat selama lapan jam sebelum dibenarkan masuk semula ke lapangan terbang.

“Tiba-tiba rasa seram pulak. Sepatutnya hari ini kami balik (Rabu), nak jadikan cerita kami dah masuk kapal terbang dari pukul 11 pagi tapi tiba-tiba ditangguhkan.

“Kami tersangkut dalam kapal terbang lapan jam dan diberitahu tentang cuaca Seoul sekarang agak teruk,” katanya menerusi Insta Story,”katanya.

Menurut penyanyi Ku Rela Dibenci itu, pesawat mereka antara lebih 50 penerbangan yang ditunda berikutan keadaan cuaca buruk melanda bandaraya tersebut.

Katanya, cuma agak menyedihkan ketika itu mereka terpaksa menahan lapar hampir seharian disebabkan mengejar penerbangan tersebut.

“Yang menyedihkan lagi hari ini saya dan isteri tak sempat sarapan sebab terpaksa berbegas dari hotel terus ke lapangan terbang.

Sampai sekarang kami tak makan lagi. Nasib baik Malaysia Airlines bagi kacang dan sandwich, dapat juga alas perut sikit tapi sekarang tengah lapar,” ujarnya.

Pada masa sama, Aiman berharap mereka dapat pulang segera ke tanah air memandangkan dia terikat dengan jadual kerja yang perlu dilunaskan.

Sementara itu, bapa Aiman, Yusri Ishak berkata, anak dan menantunya memaklumkan mereka menaiki penerbangan pulang pukul 11 pagi tadi.

“Alhamdulillah, Aiman dan isteri malam tadi maklumkan mereka sudah dapat jadual penerbangan pulang iaitu sepatutnya pukul 11 pagi tadi.

“Harapnya semua urusan mereka dipermudahkan. Setakat ini dia belum hubungi kami lagi untuk kongsi perkembangan lanjut,” katanya.

Yusri berkata, Aiman dan isteri bercuti di Korea Selatan pada 22 November lalu dan dijadualkan kembali ke tanah air semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN