Ahmad Nawab, legenda yang tiada galang gantinya - PM - Utusan Malaysia

Ahmad Nawab, legenda yang tiada galang gantinya – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pemergian maestro terkemuka tanah air, Allahyarham, Tan Sri Ahmad Nawab, petang tadi turut menyentuh hati Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut berduka dengan perkhabaran tersebut, Anwar merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Tokoh Seniman Negara itu atau yang dilaporkan telah meninggal dunia, petang tadi.

Dalam hantarannya di Facebook, Anwar menyifatkan Ahmad Nawab bukan sekadar komposer dan pemuzik unggul, malah memiliki jiwa seni menyentuh hati seluruh rakyat menerusi karya indah dan penuh makna.

“Negara kehilangan seorang tokoh dan permata seni yang begitu besar jasanya dalam memperkayakan landskap muzik tanah air, bukan sahaja menjadi warisan seni, tetapi juga menjadi pengikat perpaduan di dalam masyarakat kita.

“Jasa Allahyarham akan sentiasa dikenang sebagai legenda yang tiada galang gantinya.

“Takziah saya utuskan kepada keluarga Allahyarham. Mendoakan roh Allahyarham diampunkan segala dosanya dan diberi tempat istimewa di sisi-Nya, Insya-Allah. Al-Fatihah,” katanya menerusi hantaran itu.

Ahmad Nawab, 92, meninggal dunia di kediaman di Taman Melewar, di sini, pada jam 3.15 petang tadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN