Uyaina Arshad tetap berani ulas isu meski diugut saman - Utusan Malaysia

Uyaina Arshad tetap berani ulas isu meski diugut saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad kekal teguh dan berani mengulas isu-isu semasa yang membuka mata masyarakat.

Meskipun sudah menerima amaran untuk dikenakan tindakan undang-undang, Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 32, menganggap perkara yang dilakukannya itu tidak salah kerana berlandaskan fakta yang sahih.

“Jangan pernah takut untuk bercakap perkara yang benar. Apa sahaja yang kita katakan itu sentiasa berdasarkan dengan fakta supaya kita tidak salah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambah Pengacara TV Popular itu, dia tidak kisah sekiranya ada pihak yang mahu mengambil tindakan undang-undang kerana kurang senang dengan kelantangannya membahaskan perkara yang benar terutamanya isu yang melibatkan kanak-kanak.

“Perkara ini mungkin akan memberi kesan kepada nama saya sendiri. Sekiranya, ada pihak yang kurang senang dan ingin mengambil tindakan, silakan, biar mahkamah yang tentukan. Saya akan terus membahas isu yang melibatkan ‘public interest’.

“Mungkin tidak ramai yang tahu saya sangat lantang bersuara daripada dulu lagi. Cuma, isu baru-baru ini sahaja lebih mendapat perhatian,” katanya.

Ditanyakan sama ada dirinya sudah menerima surat saman daripada mana-mana pihak, Uyaina menyatakan dia menyerahkan segalanya kepada pihak pengurusannya.

“Saya serahkan pada pihak pengurusan saya. Saya tidak pasti LOD itu dah ada atau tidak. Kalau ada atau belum, Alhamdulillah. Saya melihat perkara tersebut sebagai rempah dalam perjalanan seni saya,” katanya.

Sebelum ini, Uyaina lantang mengulas tindakan seorang pemandu bas yang didakwa di Mahkamah Muar, Johor atas pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan selepas merakam video pelajar tersebut.

Rentetan itu, keluarga pemandu bas tersebut meluahkan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan selebriti yang sudah mencemarkan nama baiknya meskipun dia sudah dibebaskan dengan bayaran jaminan sebanyak RM40,000, pada 18 September lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN