Soal jodoh saya tidak mencari, tunggu masa yang sesuai - Amir Masdi - Utusan Malaysia

Soal jodoh saya tidak mencari, tunggu masa yang sesuai – Amir Masdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Amir Masdi mengakui dirinya lebih sibuk memikirkan tentang kerjaya berbanding jodoh.

Menurut Amir atau nama penuhnya, Amir Syaswan Masdi, 28, sejak beberapa tahun kebelakangan ini dirinya hanya sibuk menghasilkan karya untuk album terbaharunya, AM:PM.

“Saya tidak mencari. Tapi saya hanya menunggu waktu yang sesuai.

“Mungkin sebab saya terlalu fokus untuk menjayakan album saya sepanjang setahun lebih ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia pada sesi sidang media pelancaran album dan showcase Amir, di sini, Sabtu lalu.

Tambah Amir, meskipun tidak mempunyai ciri-ciri khas terhadap wanita idamannya, penyanyi lagu Kau Sakiti itu mengakui dia selesa sekiranya seseorang itu memahami dan matang.

“Saya tiada sebarang ciri-ciri wanita yang terperinci. Saya okey saja asalkan wanita itu seorang yang memahami dan matang,” jelasnya.

Dalam masa sama, Amir juga sempat mendedahkan dirinya pernah ditinggalkan oleh bekas kekasihnya sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa tahun lalu.

Kata Amir, kisah silamnya itu membuatkan dirinya cenderung menghasilkan lagu-lagu sedih dan patah hati sebelum ini.

“Sebelum ini, bekas kekasih saya seorang yang memahami tetapi tidak cukup memahami. Saya sudah putus dengan dia sebelum PKP.

“Saya tak tinggalkan dia, saya ditinggalkan sebab itulah saya banyak keluarkan lagu sedih. Dulu mungkin serik, tapi sekarang okey dan saya dah move on dari kisah lalu saya,” katanya.

Bagaimanapun, Amir turut menyatakan dirinya kini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup dan mahu terus fokus dengan kerjaya seninya.

Dalam perkembangan lain, Amir baru sahaja melancarkan album keduanya, AM:PM yang menyajikan lagu-lagu ciptaanya sendiri bersama komposer terkemuka, Edry Abdul Halim. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya