Siti Nurhaliza kekal tersenarai antara 500 Muslim berpengaruh - Utusan Malaysia

Siti Nurhaliza kekal tersenarai antara 500 Muslim berpengaruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi tersenarai dalam The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims bagi edisi 2025.

Menerusi hantaran yang tular di platform X, penyanyi lagu Sehebat Matahari itu sudah 10 tahun berturut-turut mengekalkan kedudukannya dalam senarai Top 500 Muslim paling berpengaruh di dunia itu bagi kategori seni dan budaya sejak tahun 2016.

Menurut Siti, dia amat bersyukur menerima penghargaan itu yang selari dengan usahanya dalam membantu rakyat Palestin yang berkait rapat dengan Yayasan Nurjiwa yang diusahakan bersama suami, Datuk Seri Khalid Jiwa.

“Alhamdulillah saya rasa bersyukur dan terharu untuk tersenarai dalam Top 500 Muslim paling berpengaruh di dunia. Itu satu penghargaan atas apa yang saya lakukan untuk agama juga.

“Walaupun kategori itu untuk anak seni tapi itu juga bersangkut paut dengan Yayasan Nurjiwa yang saya dan suami teah usahakan sehabis baik untuk mereka di Gaza, Palestin.

“Rakyat Malaysia juga yang terkesan dengan bencana alam. Saya lebih memikirkan ke arah itu,” katanya.

Siti berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis sidang media konsert The Journey of Sound: Judika x Datuk Seri Siti Nurhaliza, di St Giles Boulevard, hari ini.

Tambah Siti, pengiktirafan yang dia miliki membuatkan dirinya lebih bersemangat memikul tanggungjawab untuk terus membantu menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin dan rakyat yang memerlukan.

“Saya ada tanggungjawab di sana, saya masih ada anak angkat di sana. Malah, pasukan yayasan kami juga ada di sana untuk agihkan bantuan.

“Saya selalu berdoa pasukan saya terselamat dari apa-apa yang berlaku di sana supaya kami dapat terus menyalurkan bantuan kepada mereka,” jelasnya.

Berdasarkan catatan buku yang diterbitkan oleh Royal Islamic Strategic Studies Centre, Amman, Jordan itu, Siti turut tersenarai bersama individu berpengaruh seluruh dunia termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Selain Siti, penyanyi, Hafiz Hamidun turut tersenarai dalam pengiktirafan tersebut bagi kategori yang sama untuk mewakili negara Malaysia. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya