Selepas dimarahi ibu, Opai dan Fatin dedah wajah Muhammad Jibril - Utusan Malaysia

Selepas dimarahi ibu, Opai dan Fatin dedah wajah Muhammad Jibril

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Fatin Afeefa dan suami, Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai, akhirnya mendedahkan mengenai putera sulung mereka setelah tujuh bulan merahsiakan mengenai perkara tersebut kepada umum.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Fatin dan Opai bersyukur dikurniakan Muhamamd Jibril yang menyempurnakan lagi kehidupan keluarga mereka.

“Kehidupan yang indah sebagai seorang bapa. Agak sibuk sejak dua menjak ini hanya untuk menghabiskan masa bersama anak yang cantik, bijak dan bersemangat.

“Ke arah kehidupan yang baharu,” katanya.

Selain itu, Opai juga mengakui terpaksa membuat pengakuan mengenai anak sulungnya itu kepada umum selepas dimarahi ibu dan isterinya.

“Esok (hari ini) akikah anak kami dan hanya bawah 10 orang sahaja yang tahu sebab kami mahu jadi ibu bapa yang relaks.

“Ini anak kami berdua yang sudah berusia tujuh bulan. Kenapa baru sekarang nak beritahu mengenai anak?

“Mak dan dia (Fatin) sudah bising sebab anak sudah besar dan dapat IC (kad pengenalan) tidak mungkin tak boleh beritahu,” ujarnya.

Sementara itu, Fatin turut berkongsi sekeping gambar anak-anaknya bersama seorang bayi tetapi menutup wajah permata hatinya itu.

Sebelum ini, timbul spekulasi apabila netizen mendakwa Fatin sedang hamil.

Bagaimanapun, dia terkejut apabila mengetahui timbul desas-desus mengatakan dia sudah melahirkan cahaya mata.

Perkara tersebut timbul selepas pelakon Tentang Bulan itu dilihat kurang berkongsi gambar penampilan dirinya selain seperti ingin cuba menutupi bahagian perut.

Fatin dan Opai, 30, disatukan dalam majlis di Subang Jaya pada Disember 2022. Dalam perkahwinan sebelum ini, Fatik sudah mempunyai dua orang anak, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya