KUALA LUMPUR : Baharu sahaja tampil dengan single terkini berjudul Mantra, penyanyi dan anggota kumpulan Blackpink, Jennie, bagaimanapun dikritik kerana penampilannya disifatkan terlalu seksi dan provokatif.
Perkara itu dipertikaikan oleh para peminatnya sendiri yang hairan dengan tindakan Jennie yang seakan-akan terdesak mahu meraih perhatian ramai.
Malah, ada kalangan peminat dan warganet menyifatkan imej terbaharu Jennie itu sangat memalukan.
Tidak cuma itu, ada yang membuat andaian, Jennie mula berpakaian seksi dengan imej pelik sejak dia membuka agensinya sendiri iaitu Odd Atelier.
Bagaimanapun, di sebalik kritikan yang diterima, Jennie menerusi Mantra berjaya meraih kedudukan teratas menerusi carta Itunes di 47 buah negara.
Ia juga menjadikan Jennie antara artis Korea Selatan yang berjaya menembusi carta muzik di Amerika Syarikat dan mengekalkan popularitinya di Barat.