Sekarang baru rasa macam glamor sikit - Man Raja Lawak - Utusan Malaysia

Sekarang baru rasa macam glamor sikit – Man Raja Lawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Gara-gara membuat luahan peribadi di sebuah audio siar (podcast), pelawak dan pelakon, Man Raja Lawak, menjadi sasaran serangan warganet di media sosial.

Menerusi tinjauan di platform Tik Tok, Man atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Kasim, dihujani dengan pelbagai kata-kata kritikan daripada warganet yang menganggap dirinya masih sukar menerima kenyataan gagal menjadi anggota tetap kumpulan Sepahtu Reunion.

Ada antara pengguna media sosial menganggap pelakon lain yang pernah dijemput oleh Sepahtu tidak pernah meminta peluang untuk menganggotai kumpulan pelawak terbabit kecuali Man.

“Roy azman, Chiwan, Bell Ngasri, ketiga-tiga ini selalu Sepahtu panggil jadi tetamu undangan tetapi tak ada pun nak minta tetap. Dia ini kenapa ya?Dia ingat Astro ayah abang Jep punya agaknya,” tulis
rihhaarriana.

Selain itu, ada juga beberapa komen lain yang menyifatkan Man adalah seorang pelawak bermasalah.

“Man bermasalah. Kata-kaat ‘deep’ dia tak menyerupai keperibadian dia. Orang yang pandai berkata-kata ini lagi bahaya,” tulis Ash.

“Man Raja Lawak bermasalah, lawak pun bukan sampai sangat lebih ketawa sendiri adalah,” tulis pemilik akaun Ayam Kukus.

“Bosan aku tengok si Man sikit-sikit nak nangis pastu tak ada job salahkan orang pula. Kalau lawak pon sendu, tak ada job cari jelah job lain. Tengok Amir Raja Lawak relaks saja tak ada job dia jual air, sekarang niaga ayam pula,” tulis Nikmarini5.

Dalam pada itu, Man menerusi Instagramnya membuat satu hantaran berbaur sindiran terhadap warganet yang meghentam dirinya.

“Alhamdulillah, selesai membalas komen-komen nurtizen (warganet). Sekarang baru rasa macam glamor sikit. Ramai yang ambil berat pasal saya. Semoga Allah permudahkan urusan kita, amin,”katanya.

Baru-baru ini tular potongan video dari audio siar Dol’s Podcast yang menampilkan Man Raja Lawak sebagai tetamu di mana mereka membincangkan berkenaan karier Man Raja lawak.

Dalam potongan video tersebut, Man berkongsi dirinya sudah beberapa kali dijemput dalam rancangan Sepahtu Reunion Live namun masih tidak diambil sebagai watak yang tetap dalam rancangan tersebut.

Menurut Man, rancangan itu dianggap sebagai platform untuk pelawak-pelawak tempatan menempa nama dalam industri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya