Sejak pakai hijab, ramai pula yang mendekati - Nora Danish

Sejak pakai hijab, ramai pula yang mendekati – Nora Danish

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Nora Danish tidak menolak, selepas tampil dengan imej berhijab, ramai kalangan lelaki mencuba nasib untuk mendekati dirinya.

Bagaimanapun, kekal dengan prinsip mahu menyayangi diri sendiri dan mahu mendekatkan diri dengan Allah, pelakon berusia 42 tahun ini mengakui pintu hatinya masih belum terbuka untuk menerima teman hidup baharu.

“Sejak saya pakai hijab, ramai pula yang mendekati. Buat masa sekarang saya tidak fikir lagi (untuk bersama seseorang) sebab baru sahaja (bercerai). Kawan-kawan ada yang cuba untuk mendekati, tapi saya kata bukan sekarang.

“Saya sekarang ini hanya mahu teruskan fasa memperbaiki diri sendiri. Saya kena berusaha banyak lagi sebab baru sahaja (berhijrah). Saya mahu fokus kepada Allah sahaja,”ujarnya.

Nora ditemui semasa program Zumba bersama Abby Abadi yang dianjurkan oleh produk kesihatan Inayah Beauty, baru-baru ini.

Selain itu, Nora juga bersyukur kerana setakat ini, rata-rata pihak produksi menghormati permintaannya untuk menjaga batas dalam lakonan.

“Buat masa sekarang ini, dari segi lakonan memang produksi bagi saya tawaran yang bagus seperti tidak pegang tangan dan juga berhijab.

“Sangat seronok bila macam itu (jaga batas). Apabila berlakon tidak sentuh ini, perasaan dia sangat lain. Terasa yang diri sangat mahal dan rasa harga diri meningkat,”katanya.

Nora dan Nedim Mohamad Nazri, 41, bercerai pada Jun lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl yang berusia enam tahun.

Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN