Salahkan sahaja diri saya yang gagal sebagai suami - Baim Wong - Utusan Malaysia

Salahkan sahaja diri saya yang gagal sebagai suami – Baim Wong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon Indonesia, Baim Wong, 43, mengakui kesilapan diri kerana telah mendedahkan aib bekas isterinya, Paula Verhoeven, sewaktu kisah perceraian mereka menjadi bahan perhatian ramai sebelum ini.

Menurut Baim, ketika itu dia terbuka bercakap soal rumah tangga kerana mahu membuktikan bahawa dirinya berada di pihak benar sehingga nekad memfailkan cerai.

Malah, dia tidak menyangka selepas kejadian, dirinya menjadi bahan kecaman hebat orang ramai kerana kesilapan yang dilakukan.

“Salahkan sahaja diri saya yang mungkin gagal sebagai suami.

“Sekarang ini saya lebih ke arah untuk tenangkan diri. Terlalu banyak kejadian yang berlaku sehingga merasakan saya di pihak benar namun menjadi perbahasan,” katanya.

Pada 7 Oktober lalu Baim memfailkan cerai terhadap Paulu dan sehari kemudian dalam satu sidang media dia menjelaskan punca sebenar yang membawa kepada tindakan tersebut.

Menurut Baim dia sudah hampir setahun cuba mempertahankan rumah tangga dan menyebut kehadiran orang ketiga menjadi punca berlaku masalah dengan isterinya.

Tambah pelakon ini dia juga tidak akan mahu berpisah dengan isterinya tanpa sebarang alasan kukuh.

“Sekarang ini saya fokus kepada proses mahkamah sahaja. Saya tetap harus kuat.

“Tidak mungkin saya memfailkan cerai tanpa sebab yang serius,” ujarnya.

Untuk rekod Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada November 2018.

Mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Kiano, 3, dan Kenzo yang kini berusia 2 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN