Rawatan hormon pulihkan stamina Ella - Utusan Malaysia

Rawatan hormon pulihkan stamina Ella

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ratu rock negara, Ella, 58, mengakui dia pernah mengalami masalah kesihatan hormon pada 2021 yang menyebabkan badannya sentiasa berasa letih dan kurang bermaya.

“Daripada rasa tak bermaya dan tidak sedap badan, akhirnya Ella ambil keputusan untuk jalani rawatan selama beberapa bulan, dan alhamdulillah, selepas itu Ella dapat rasakan perubahannya,”

Demikian kata-kata Ella sewaktu sidang media majlis pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) atas kejayaan Skyhill Clinic yang terletak di Denai Alam, Shah Alam sebagai klinik yang paling banyak melakukan pemeriksaan hormon di Malaysia.

Tambahnya juga, selepas menerima rawatan tersebut dia lebih berasa lebih yakin, bertenaga dan segala kusut masai yang dialaminya sebelum ini juga sudah tiada.
Susulan itu, dia juga dapat mengembalikan stamina walaupun membuat persembahan lebih dari dua jam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Skyhill Clinic, yang juga doktor hormon, Dr Linda Mat Hassin, apabila Ella tiba di klinik, tekanan darahnya tinggi sehingga mencecah 200/100.

“Itu adalah antara faktor yang menyebabkan saya risau dengan keadaannya pada waktu itu,”
“Jadi saya memberikan penerangan tentang risiko yang boleh berlaku sebelum mengesyorkannya untuk melakukan rawatan,” ujarnya.

Selain itu, Ella turut berkongsi di mana sebelum itu beratnya naik mendadak sehingga 10 kilogram, namun berjaya turun sebanyak 50 peratus selepas menjalani rawatan.

Tidak dinafikan penampilan Ella dilihat lebih muda daripada usianya selepas menjalani ujian dan rawatan tersebut.

“Faktor peningkatan usia itu pasti kita lalui juga, tetapi rawatan yang saya jalani ini adalah sebab kesihatan,” ujarya apabila ditanya soal rawatan yang dijalani.

Dalam pada masa sama, Ella juga memberitahu bahawa suaminya, Kapten Azhar Ghazali, juga turut menerima rawatan dan menjalani diet yang sama sepertinya bagi menunjukkan sokongan terhadap isterinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya