Petikan kata-kata tidak membawa makna apa-apa - Fazura 

Petikan kata-kata tidak membawa makna apa-apa – Fazura 

Nur Fazura ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling dengan diiringi lima pengawal peribadi termasuk pengurusnya, Iman Tang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelakon dan selebriti sensasi, Nur Fazura, 41, menafikan petikan kata-kata yang dimuatnaiknya di Instagram pada pagi tadi tidak membawa sebarang maksud tertentu merujuk kepada kes perceraiannya dengan Fattah Amin, hari ini.

Secara ringkas, Fazura berkata, petikan itu sengaja dimuatnaik tanpa sebarang tujuan spesifik.

“Petikan itu? Tiada apa-apa maksud, ia biasa sahaja,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai spekulasi negatif yang bertebaran mengenai isu rumah tangganya dengan Fattah, kata Fazura, dia enggan memberi sebarang komen buat masa ini.

“Saya tidak mahu komen dahulu,”katanya.

Hari ini Fazura hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling dengan diiringi lima pengawal peribadi termasuk pengurusnya, Iman Tang.

Fazura dilihat menggayakan sepasang jubah berona merah jambu sambil menjinjit tas tangan mewah berona yang sama.

Pagi tadi, Fazura memuat naik petikan tentang keyakinan terhadap setiap perkara yang berlaku seakan menggambarkan apa yang sedang dialaminya kini.

Menyingkap semula, sebelum ini, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 33, belum bersedia menceraikan isterinya itu ketika prosiding pertama pada 25 September lalu.

Ketika prosiding sama, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, pula nekad mahu berpisah demi maruahnya sebagai wamita serta kesejahteraan hidup anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya.

Terdahulu, pada 13 September lalu, Fazura mengejutkan ramai apabila memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dengan dikurniakan Nur Fatima yang kini berusia 4 tahun.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya