Pengarah teater Dang Anum terima teguran 'otai' - Utusan Malaysia

Pengarah teater Dang Anum terima teguran ‘otai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pengarah dan penulis skrip, Amirul Haswendy Ashari, 45, mengakui tidak tersinggung dengan teguran-teguran yang diterimanya daripada segelintir tokoh teater lebih senior berhubung pementasan teater Dang Anum (The Untold Story) (DATUS) dan Cinta Ahmad Mutawakkil (CAM).

Menurut Amirul, antara teguran yang diterimanya adalah mengenai dua naskhah teater tersebut yang dipentaskan awal Oktober lalu sebagai tidak menepati genre bangsawan.

“Ada beberapa penggiat dan tokoh teater senior yang menonton DATUS tempoh hari, tegur mengenai beberapa elemen yang disifatkan tidak patut ada dalam sebuah teater bangsawan.

“Antaranya memasukkan elemen moden seperti isu terkini yang sedang tular dan tak kena dengan penceritaan asal.

“Saya beritahu, teater kami bukan sepenuhnya bangsawan tapi bergenre purbawara dengan suntikan ala bangsawan yang telah kotemporarikan,” katanya.

Menurut Amirul lagi, pihaknya memasang objektif untuk menarik minat penonton dan generasi baharu meminati pementasan teater.

Katanya, ia terbukti apabila hampir 80 peratus penonton yang hadir pada pementasan DATUS dan CAM adalah penonton baharu yang kali pertama menonton teater.

Amirul berpendapat, penonton baharu perlu diberikan pendedahan asas keterujaan menonton teater terlebih dulu, sama seperti menonton filem.

“Sekiranya kita terus menyuap elemen berat dengan lenggok bahasa dan situasi yang terlalu artistik, saya bimbang penonton baharu akan ‘hilang’ minat.

“Apatah lagi minat generasi sekarang berbeza dan mereka selalunya mengelak dan menjauhkan diri jika pendekatan kita agak ‘keras’,” katanya lagi.

Pengerusi Persatuan Seni dan Budaya Redholah (The Redholah) itu turut berpendapat, sekiranya pementasan itu berjaya menarik minat penonton baharu, tidak mustahil mereka akan mencari pementasan-pementasan lain untuk ditonton.

Katanya, pentas The Redholah adalah untuk membuka ruang kepada penonton baharu meneroka teater-teater hebat di negara ini.

“Di Malaysia ada banyak kumpulan teater, baik skala kecil mahu pun besar. Pergilah menonton dan beri sokongan kerana bidang teater di sini belum mencapai tahap industri.

“Untuk mencapai tahap seperti mana ‘broadway’ di barat, kita perlukan ekosistem positif dan sokongan semua pihak. Bukan saja dari kerajaan, malah swasta dan orang perseorangan,” katanya.

Dalam pada itu, Amirul juga berharap lebih banyak pihak untuk berani melabur ke dalam produksi teater kerana prospek yang besar tapi belum diteroka dengan baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya