Othman Hafsham terima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2024 - Utusan Malaysia

Othman Hafsham terima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Pengarah bertaraf legenda, Othman Hafsham dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2024 pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, malam tadi.

Turut dikenali sebagai perintis sitkom Malaysia, Othman yang berusia 86 tahun telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000, barangan kemas bernilai RM30,000, sebuah kereta jenama Proton S70 serta trofi.

Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Yang Berhormat Fahmi Fadzil.

Menurut Othman, pengiktirafan yang diterimanya itu diharapkan dapat memberi inspirasi kepada pengkarya seni tempatan dalam usaha memartabatkan lagi industri seni Malaysia.

“Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi di atas penghargaan ini. Saya ingin merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada Kementerian Komunikasi, kepada juri yang memberi penghormatan kepada saya.

“Anugerah ini juga untuk semua yang sudah menyokong dan memberi inspirasi sepanjang penglibatan saya. Terima kasih juga kepada keluarga dan peminat.

“Penglibatan saya telah melalui 10 Perdana Menteri. Saya juga berharap hasil kerja saya ini memberi inspirasi kepada generasi baharu,”katanya.

Sementara itu, Anugerah Khas Juri diberikan kepada Saeim Mohamad sekali gus membawa pulang wang tunai RM8,000 serta barang kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM20,000.

Drama TV Terbaik pula dimenangi oleh Bahalol terbitan Azan Fahmi sekali gus membawa pulang Dana Kandungan Kreatif berjumlah RM150,000.

Manakala, Dokumentari TV Terbaik dimenangi Taste Of Memory Season 2 (TV8) sekali gus menerima Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM150,000.

Berikut merupakan senarai penuh pemenang:

*Kategori TV Terbaik*

Drama Bersiri TV Terbaik : One Cent Thief (Astro Ria) – Astro Shaw

Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik : Sobri Anuar (Bahalol)

Pelakon Wanita Drama TV Terbaik : Liza Othman (Bahalol)

Pelakon Pembantu Drama TV Terbaik: Que Haidar (Astro Citra) – Lebai Sampan

Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik : Aida Aris (TV3) – Dania

Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik : Umar Shakur (Demi Masa) – TV3

Pelakon Komedi TV Terbaik : Aishah Azman (Jodoh Ayahku)

Pengulas TV Terbaik: Ahmad Fetri Yahya (Aduan Jiwa: Hati Tertinggal Di Syria)

Penyampai Berita TV Terbaik : Hazel Desmond (Berita Perdana RTM)

Pengacara TV Terbaik: Fiza Sabyan (Eksklusif Bersama Joko Widodo Presiden Republik Indonesia)

Pengarah Drama TV Terbaik : Zainorhisyan Samdin (Lebai Sampan)

*Kategori Radio*

Drama Radio Terbaik : Datuk Fauziah Nawi (Lima Beradik)

Penyampai Radio Terbaik : Muhammad Amir Akram Muhamad (Kelantan FM)

Penyampai Berita Radio Terbaik : Peter Carlos

*Kategori Menerusi Media Baharu*

Drama Terbaik : Doh (TV3)

Drama Bersiri Terbaik :

Kandungan Video Terbaik :

Podcast Terbaik : Siti Mimah – Muhammad Ali Imran Bin Harun

Bagi edisi tahun ini, ASA2024 memberi pengiktirafan menerusi 60 kategori yang dipertandingkan iaitu 40 kategori televisyen, 16 kategori radio dan empat menerusi media baharu.

Malam ASA2024 turut diserikan dengan persembahan Ziana Zain, Liza Aziz, Zamani, Aina Abdul, Ernie Zakri, Aisha Retno dan dihoskan oleh Shahrizan Borhan dan Nana Mahazan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya