Nurul enggan nyanyi, bersemuka dengan Ajai

Nurul enggan nyanyi, bersemuka dengan Ajai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Nourul Depp, menegaskan dia enggan menyanyi semula dengan bekas suami yang juga komposer popular, Ajai.

Nourul atau Nurul Wahab berkongsi sebuah keratan akhbar di Instagram menyatakan rasa kesal apabila kenyataannya sebelum ini disalah erti.

“Saya marah dan bengang. Ya, saya profesional untuk bernyanyi kembali namun tidak pernah pula ada perancangan untuk kembali bernyanyi bersama (Ajai).

“Jangan tulis cerita yang tidak keluar daripada mulut saya,” luahnya.

Malah, penyanyi Dan Kini itu juga turut mendedahkan sudah lama tidak berhubung dan berbual dengan Ajai atau Mohamad Faizal Maas, 49.

“Kami tidak bercakap dan saya pun tak mahu bercakap atau bersemuka dengannya. Tak mahu, tak mahu, tak mahu.

“Anda tidak tahu apa yang kami lalui. Manusia yang saya tak mahu jumpa dah,” tambahnya.

Sebelum ini, Nurul berkongsi keratan sebuah laporan akhbar yang menyatakan dirinya bersetuju untuk kembali berduet dengan Ajai.

Terdahulu, Ajai dan Nurul pernah bergelar suami isteri pada 1996 sebelum bercerai 10 tahun kemudian.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak, Ayu Nazirah, 26.

Bagaimanapun pada 2012, Nurul bernikah dengan lelaki asal Perancis, Eric Daniel Depp dan kini menetap di Bali, Indonesia. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN