Netizen mula muak dengar ‘Masing-Masing’ versi Bella Astillah? - Utusan Malaysia

Netizen mula muak dengar ‘Masing-Masing’ versi Bella Astillah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Tak sedaplah. Nyanyi lagu lain pulalah.”

Demikian kata netizen yang mula muak mendengar pelakon, Bella Astillah menyanyikan lagu Masing-Masing nyanyian asal Ernie Zakri.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di Instagram TV3 Malaysia, ada pihak yang turut mempersoalkan sama ada Bella tidak ada lagu sendiri untuk dinyanyikan di mana-mana acara.

“Bella tak ada lagu sendiri ke?,” soal seorang netizen.

“Bella lagu ini saja, tak ada lagu lain ke?,” kata seorang lagi netizen.

“Sebagai seorang yang tidak pekak ton, jujur Bellah tak boleh nyanyi lagu ini. Ada bahagian sumbang. Tapi tak apa boleh belajar lagi,” komen seorang pemilik akaun.

Sebelum ini, Bella turut menerima kecaman yang sama ketika menyanyikan lagu Mati-Matian nyanyian Mahalini di sebuah acara.

Bella sebelum ini pernah menerima pujian ramai selepas menyanyikan semula lagu Masing-Masing bersama penyanyi Adira Suhaimi.

Malah, nyanyiannya itu turut dipuji oleh pemilik lagu sebenar, Ernie Zakri. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya