Mereka semua abang, tidak terbayang kami bercinta - Iman Troye - Utusan Malaysia

Mereka semua abang, tidak terbayang kami bercinta – Iman Troye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Iman Troye, menafikan spekukasi kononnya mempunyai hubungan istimewa dengan rakan artis.

Jelas Iman atau Siti Nur Alyssa Sahabudin, 21, keakrabannya bersama Naim Daniel dan Ezra Kairo hanyalah sebagai seorang adik dan abang memandangkan mereka bekerja dalam industri yang sama.

“Mulut orang kita tidak boleh nak kawal, saya hanya boleh kawal diri sendiri. Secara jujurnya saya anggap mereka semua seperti abang sendiri. Memang saya tidak terbayang kalau mahu bercinta dengan mereka.

“Saya pun muda lagi sedangkan mereka pula jauh lebih tua daripada saya. Tapi saya okay sahaja kalau orang mahu ‘kenen’ kami bersama. Mungkin mereka dapat rasai keserasian antara kami,” katanya.

Iman ditemui Utusan Malaysia di majlis Shopee Superstar Awards 2024, di The Agam pada Selasa. 

Dalam pada itu, penyanyi Bunga Kemboja itu turut menegaskan dirinya masih solo dan mahu memberi fokus kepada nyanyian.

“Saya masih solo. Emak saya marah, dia suruh saya fokus kepada diri sendiri dahulu kerana saya masih muda,” katanya ketawa. 

Terdahulu, hubungan Iman Troye dan Naim Daniel kembali menjadi bahan bualan selepas masing-masing memuat naik video saduran lagu Die With a Smile.

Tidak lama selepas itu, Iman turut dipadankan dengan penyanyi Ezra Kairo selepas video mereka merakamkan kandungan sempena hari Deepavali menjadi tular di TikTok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya