Kim Soo Mi meninggal dunia - Utusan Malaysia

Kim Soo Mi meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon terkenal yang banyak membintangi drama Korea Selatan, Kim Soo Mi dilaporkan telah meninggal dunia akibat serangan jantung.

Berita kematian pelakon tersebut dilaporkan beberapa portal hiburan negara berkenaan antaranya Allkpop dan Soompi.

Menurut Allkpop, mendiang dipercayai meninggal dunia pada usianya 75 tahun.

Sebelum ini, mendiang dimaklumkan terpaksa menghentikan kerjaya seninya terutama untuk drama di kaca televisyen, antara Mei dan Julai, selepas sering berulang-alik ke hospital akibat masalah kesihatan.

Soo Mi kemudian menyambung semula aktiviti seninya pada bulan September.

Bagaimanapun, para peminat masih tertanya-tanya dan khuatir dengan keadaan kesihatan pelakon tersebut yang kelihatan masih lemah.

Mendiang yang terkenal menerusi pelbagai drama mula bergiat aktif dalam dunia hiburan Korea Selatan selepas bergabung dengan MBC pada 1970.

Drama seperti ‘Hello, Franceska’ (2005) dan ‘Band of Sisters’ (2017) serta siri filem popular iaitu ‘Marrying The Mafia’ (2002-2023) antara beberapa poroduksi yang berjaya menaikkan nama Soo Mi sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN